Advertorial

Rebut Peluang Menangi Smartphone Baharu & Pelbagai Hadiah Menarik Pada 13 & 14 Jun Ini!

3K
SHARES

Setiap hari pergi kerja anda selalu naik apa? Memandu kenderaan sendiri atau naik pengangkutan awam? Apa pun pilihan anda, kami pasti semua orang mesti nak tampil yakin setiap hari. Bagi pengguna pengangkutan awam, sebaiknya kita bermula dengan nafas yang sentiasa berbau segar. Baru semua orang seronok.

Selaras dengan itu, Wrigley’s Doublemint telah menganjurkan satu peraduan menarik yang diberi nama Commuter’s Game dan ia bakal berlangsung di Kuala Lumpur sekaligus membantu semua orang kekal segar hingga ke perhentian seterusnya. Apa yang pasti, permainan ini adalah salah satu inisiatif yang luar biasa dan lain daripada yang lain!

PERHENTIAN BAS WISMA COSWAY, KL BAKAL BERUBAH WAJAH

Untuk pengetahuan anda, Commuter’s Game ini bakal berlangsung pada 13 dan 14 Jun 2019 bermula jam 10 pagi sehingga 3 petang di sekitar Perhentian Bas Wisma Cosway, Kuala Lumpur. Macam biasa, bus stop Wisma Cosway sentiasa meriah dengan kehadiran pengguna pengangkutan awam. Seronoklah nanti ramai yang join.

Dan anda jangan terkejut pula kalau sampai dekat sana nanti tengok perhentian bas sudah diubah suai menjadi lokasi permainan. Melalui permainan ini, beberapa orang peserta akan dipilih secara rawak oleh pihak penganjur untuk bermain.

Admin difahamkan peserta perlu memilih dan berdiri pada nombor yang dilekatkan di lantai perhentian bas tersebut. Setelah itu, mascot Wrigley’s Doublemint akan menaiki bas dan turun di perhentian yang sama dengan membawa nombor bertuah. Peserta yang berjaya memilih nombor sama dengan nombor tertera pada badan mascot Wrigley’s Doublemint adalah pemenang.

TONTON LIVE FACEBOOK JUGA BOLEH JADI PEMENANG

Paling menarik, semua orang boleh ikut serta permainan Commuter’s Game di mana pun anda berada asalkan anda menonton video secara live di Facebook Facebook Doublemint Malaysia seawal jam 10 pagi.

Dalam erti kata yang lain, kalau anda di rumah pun tetap boleh join dengan cuba meneka nombor pilihan anda sekaligus berpeluang menang hadiah utama!

PELBAGAI HADIAH MENARIK MENANTI ANDA

Macam biasa, bila ada saja peraduan mestilah kita nak tahu apa hadiah yang ditawarkan. Bagi peraduan Commuter’s Game ini, ada macam-macam hadiah menarik untuk anda rebut.

Antara hadiah yang ditawarkan termasuklah 20 buah telefon pintar Samsung A10, 60 Kad Touch n’ Go Ekslusif Wrigley’s Doublemint dan produk dari Doublemint!

KEKAL SEGAR BERSAMA WRIGLEY’S DOUBLEMINT DAN MENANG!

Apa pun admin yakin semua orang pasti teruja dan tak sabar untuk turut serta Commuter’s Game pada 13 dan 14 Jun 2019 ini. Pastikan anda kekal segar di perhentian seterusnya bersama Wrigley’s Doublemint tau. Sebarang maklumat lanjut anda boleh layari laman Facebook Doublemint Malaysia hari ini juga!

 

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×