Sale

Rebut Diskaun Sehingga 50%, RM1 Untuk Ais Latte, & Banyak Lagi Di McCafe Pada Bulan Ini!

216
SHARES

Bila dah tiba bulan Oktober ni, mesti penggemar kopi semua excited kan? Mana taknya, bulan ini merupakan Hari Kopi Antarabangsa. Mesti ada juga yang menawarkan kopi dengan promosi yang menarik sepanjang bulan ini.

Lagi-lagi kopi McCafe Iced Latte ni. Kalau boleh setiap hari nak beli. Ha…nak tahu tak, ada berita gembira untuk anda yang suka minum air kopi McCafe Iced Latte ni tau. Jom tengok apa lagi yang menarik!

Cawan kopi edisi terhad!

Sempena Hari Kopi Antarabangsa ini, McDonald’s mahu anda merasai kopi McCafe berkualiti tinggi dengan cawan edisi terhad yang memberikan rasa yang premium dimana kopi itu sendiri diperbuat daripada 100% biji kopi Arabica yang berkualiti tinggi yang disediakan atas pesanan anda.

Kalau anda lihat, kata-kata semangat dan #KitaBoleh yang terdapat pada cawan kopi ini adalah merupakan tanda sokongan, harapan dan semangat baharu untuk anda semua bagi meneruskan kehidupan dengan lebih baik dalam tempoh mencabar ini.

Cawan kopi itu juga siap lengkap dengan website vaksin lagi tau! Ia akan terus mengingatkan kita agar terus bersama-sama dalam susah berdiri teguh dalam susah senang dan sedar bahawa negara kita masih belum menang.

Boleh upgrade atau tukar ke Ais Latte dengan hanya RM1!

Paling best, bermula dari 1 hingga 31 Oktober 2021 ini, anda boleh mula membeli mana-mana hidangan McValue Meal dan upgrade air anda kepada Ais latte dengan harga istimewa iaitu RM1 saja!

Pembelian ini boleh dibuat melalui outlet, drive-thru dan juga delivery. Mudah kan banyak pilihan macam ni!

Tawaran sehingga 50% untuk Crazy McCafe melalui Aplikasi McDonald’s!

Bukan tu saja, ada lagi tawaran menarik yang McDonald’s nak bagi dekat anda setiap hari dari Isnin hingga Ahad sepanjang Oktober ini. Bukan setakat air kopi saja, makanan lain pun anda boleh dapatkan dengan harga yang murah! Antaranya adalah:

Isnin & Sabtu

  • Spicy Chicken McDeluxe + Fries (M) + Iced Latte (M): RM15.99
  • Ice Blended Mango Peach + Pandan Gula Melaka Cake: RM15.00

Selasa

  • McChicken + Fries (M) + Iced Latte (M): RM9.99
  •  50% off Cappuccino (S): RM3.00

Rabu & Ahad

  • Filet-O-Fish + Iced Latte (M) + Fries (M): RM11.99
  • Ice Blended Mango Peach + Classic Cheesecake: RM15.00

Khamis

  • McChicken + Fries (M) + Iced Latte (M): RM9.99
  • 50% off Hot Latte (S): RM3.00

Jumaat

  • Double Cheeseburger + Fries (M) + Iced Latte (M): RM12.99
  • 50% off Iced Chocolate (M): RM4.50

Haa…macam mana? Menarik kan? Yang penting anda semua kena ada aplikasi McDonald’s dulu tau! Baru lah boleh dapat tawaran tu semua!

Jangan lupa kunjungi McCafe berhampiran anda harini juga!

Ketahui lebih lanjut mengenai promosi ini, layari laman web mereka di SINI atau terus kunjungi outlet McDonald’s berhampiran anda harini.

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×