Famili

Raya Haji Kian Hampir! Jom Tengok 3 Golongan Yang Layak Menerima Daging Korban!

263
SHARES

Raya haji atau Raya korban kian hampir! Mesti surau-surau dan masjid tak lama lagi akan tanya siapa nak bantu untuk kerjakan daging lembu untuk diagihkan.

Bukan hanya di surau atau masjid berdekatan je tetapi ada juga platform yang membantu korang untuk tunaikan ibadah korban di luar negara! Dengan pengalaman melaksanakan ibadah korban di Bumi Anbia selama 16 tahun, Aman Palestin semestinya menjadi platform utama bagi mereka yang ingin menunaikan ibadah korban di Palestin, Syria, Lubnan dan Yaman.

Setiap kali terima daging korban, mesti ada yang tertanya-tanya, berapa peratus kita dapat eh? Berapa peratus pula yang diberikan kepada golongan fakir? Kita layak ke untuk menerima daging ni?

Ha jom kami terangkan secara mudah supaya korang mudah faham!

Terdapat 3 golongan yang layak untuk menerima daging korban iaitu:

1/3 untuk Fakir miskin

Merujuk kepada firman Allah SWT:

“Dan makanlah kamu daripada hasil korban itu serta berikanlah ia kepada golongan susah dan fakir.” (Surah al-Hajj, ayat 38)

1/3 untuk Orang kaya

Ha jangan melenting dulu.. orang kaya yang diperkatakan ini bermaksud sedara mara, kaum kerabat dan juga jiran tetangga!

1/3 untuk mereka yang melaksanakan ibadah korban

Orang yang melaksanakan korban tu mestilah dapat juga kan?

Tapi lebih afdal juga kalau yang melakukan korban tersebut untuk menyedekahkan keseluruhan daripada daging korban dan hanya mengambil sedikit daging tersebut sekadar mengambil berkat.

Sumbangan secara terus juga boleh dibuat melalui website Aman Palestin!

Mudah dah sekarang! Dengan Aman Palestin, anda boleh terus menyumbang dan pilih bahagian atau seekor di website mereka. Anda juga boleh memilih sama ada nak korbankan lembu ataupun kambing tau. Harganya pula adalah seperti berikut:

PALESTIN

  • 1 bahagian lembu: RM2,300
  • 1 ekor kambing: RM2,300

SYRIA

  • 1 bahagian lembu: RM1,900
  • 1 ekor kambing: RM1,900

YAMAN

  • 1 ekor kambing: RM700

SEJUK BEKU

  • 1 bahagian lembu: RM750

Anda juga boleh add to cart seperti gambar di bawah ni tau! Mudah je kan? Selang beberapa minit, dah tertunai dah hajat anda untuk menunaikan ibadah korban.

Dengan cara ini, semua orang berpeluang untuk melaksanakan ibadah korban di bumi Anbia tersebut lantas membantu
menyambung kehidupan mereka yang hidup dalam keadaan yang sentiasa ditindas.

Anda boleh layari laman web mereka di SINI atau terus ke Facebook dan Instagram mereka untuk mula membuat sumbangan!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×