Famili

Raya Dah Habis. Jom Kembali Sihat Dengan Cara Yang Mudah Dan Menyeronokkan!

80
SHARES

Syawal baru saja melabuhkan tirai. Anda bimbang berat badan semakin bertambah kerana makan dengan banyak?

Sebelum berat badan anda hilang daripada landasan asal. Apa kata ikuti tips mudah ini untuk menurunkan berat badan dan yang paling penting anda tidak perlu berlapar. Jom cuba!

BANYAKKAN MINUM AIR KOSONG.

Air kosong merupakan air yang anda wajib minum setiap hari. Bagi individu normal, jumlah air yang perlu diminum ialah 1 liter bagi setiap 25 kg berat badan anda.

Cara mudah untuk mengetahui jumlah air yang anda perlu ambil setiap hari ialah dengan membahagikan berat badan anda dengan 25.

Hasil pembahagian itu anda akan mendapat jumlah liter air yang anda perlu ambil.

Bagi anda yang mengambil supplement pula, jumlah air yang anda perlukan minimum 3 liter sehari,  ini bagi memastikan kepekatan darah anda dalam keadaan yang seimbang.

Tambahan lagi, air sangat diperlukan untuk meningkatkan metabolisma badan, menyingkirkan toksik, dan meningkatkan proses penyerapan vitamin.

AMALKAN SARAPAN PAGI.

Tahukah anda bahawa sarapan pagi merupakan hidangan paling penting yang anda kena ambil pada setiap hari? Ini kerana, sarapan pagi membekalkan 25 peratus jumlah tenaga harian untuk anda.

Jadi dengan mengambil sarapan, barulah anda akan lebih bertenaga apabila di tempat kerja Tidaklah asyik tersenguk-senguk saja.

Selain itu, sarapan pagi juga penting untuk memastikan anda tidak makan secara berlebihan pada waktu makan tengahari akibat tidak bersarapan.

AMBIL MAKANAN YANG TINGGI SERAT.

Jika bercakap mengenai makanan berserat. Anda tidak perlu bayangkan sayur sahaja. Banyak lagi makanan berserat yang lain. Contohnya, makanan daripada kumpulan buah-buahan dan kekacang.

Serat penting kerana dapat mencegah sembelit, menjaga kadar gula dalam darah, menurunkan risiko obesiti, membantu menurunkan berat badan serta menurunkan kadar kolestrol.

ELAKKAN PENGAMBILAN KARBOHIDRAT DI WAKTU MALAM.

Karbohidrat penting untuk membekalkan tenaga seharian. Namun, pengambilannya haruslah mengikut sukatan yang betul dan tidak berlebihan.

Bagi anda yang mahu menurunkan berat badan, pengambilan karbohidrat pada waktu malam haruslah dielakkan. Ini kerana karbohidrat mengambil masa yang agak lama untuk dicerna.

Antara makanan yang anda kena elakkan ialah pasta, ais krim, piza dan dark chocolate. Kalau anda tidak mahu berlapar, mungkin anda boleh ambil karbohidrat pada lewat petang supaya kekal kenyang sehingga malam.

BANYAKKAN PERGERAKAN FIZIKAL.

Menjaga makan sahaja tidak cukup jika malas bersenam. Pastikan anda melakukan senaman sekurang-kurangnya 10 minit, 3 sesi setiap minggu.

Elakkan diri daripada asyik berbaring sambil bermain telefon bimbit sahaja! Cuba lakukan senaman ringkas ketika berada di rumah atau pejabat. Anda boleh juga berjogging di taman pada waktu petang atau pada hujung minggu.

Tapi, jika anda ingin aktiviti yang lebih menyeronokkan  anda boleh sertai Coway Run-Beat The Heat.

COWAY RUN-BEAT THE HEAT!

Coway Run-Beat The Heat merupakan acara larian tahuan anjuran Coway. Memasuki tahun penganjuran yang kedua.

Coway tampil dengan konsep larian paling sejuk di Kuala Lumpur. Hmm.. Selama ni, jika anda dengar mengenai larian mesti anda bayangkan, lari di bawah cuaca yang panas kan?

Mengetengahkan kelainan, Coway Run dengan temanya “Beat the Heat”,  pasti memberikan anda pengalaman baru. Ini kerana, terdapat terowong angin dan percikan air akan dipasang sepanjang trek perlumbaan untuk menyejukkan pelari.

Laluan Coway Run dipasang dengan penyiram air, terowong kabus serta terowong angin yang pasti menambahkan keterujaan anda.

Butiran Coway Run 2018- Heat The Beat:

Tempat: MAEPS, Serdang

Tarikh: 7 Oktober 2018

Kategori: 5 KM & 10 KM

Kalau anda berminat, anda boleh mendaftarkan diri di sini.

Harga Tiket dan Tarikh Jualan

JENIS TIKET HARGA (5KM) HARGA (10KM) TARIKH MULA JUALAN TARIKH JUALAN BERAKHIR
AM RM 55 RM 60 19HB JULAI 19HB OGOS
KEMASUKAN TERAKHIR RM 65 RM 75 20HB OGOS 21HB SEPT

Butiran kategori untuk larian 10KM

Kategori Syarat Kelayakan
Lelaki Terbuka 16 – 39 tahun
Lelaki Veteran 40 tahun dan ke atas
Lelaki Terbuka  (Antarabangsa) 16 tahun dan ke atas (Bukan Warganegara)
Wanita Terbuka 16 – 39 tahun
Wanita Veteran 40 tahun dan ke atas
Wanita Terbuka (Antarabangsa) 16 tahun dan ke atas (Bukan Warganegara)

TEKA MASA “ICE BLOCK” CAIR!

Sempena Coway Run 2018- Beat The Heat ni juga, Coway akan mengaktifkan larian dengan menganjurkan pra-pelancaran pertandingan “Ice Block” untuk menggalakkan peserta mendaftar Coway Run ni.

Blok ais pelbagai saiz akan diletakkan di sekitar ibu kota setiap 1 minggu. Kiub ais yang dalamnya berisi akan diletakkan di kawasan yang mempunyai ramai peminat sukan seperti di kawasan taman rekreasi.

Kiub ais ni akan cair dan proses pencairannya akan dipaparkan di laman web Coway Run. Anda boleh cuba meneka masa yang diambil untuk ais itu cair. Siapa teka betul bakal menangi hadiah dalam ais tersebut!

Kiub ais ini akan disediakan dalam pelbagai saiz dan kiub ais terakhir yang cukup besar yang akan diletakkan di MAEPS, Serdang.

Untuk keterangan lebih lanjut, anda boleh rujuk di cowayrun.com.my

Cabaran “Ice Block” ini akan bermula pada 28 Julai 2018. Jangan lepaskan peluang anda jika ingin menang hadiah menarik tau!

“HAPPY WATER PROJECT” !!

Untuk pengetahuan anda juga, larian yang dianjurkan Coway ini merupakan satu tanggungjawab sosial kepada badan kebajikan.  Dengan setiap pendaftaran lengkap, RM10 akan diberikan kepada “Happy Water Project” yang merupakan salah satu aktiviti CSR oleh Coway.

Projek Happy Water ini bertujuan untuk membekalkan air bersih dan tulen kepada komuniti Orang Asli yang memerlukan.

Jom daftarkan diri anda untuk menyertai Coway Run 2018- Heat The Beat melalui pautan ini; cowayrun.eventbrite.sg . Jumpa anda di sana!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×