Asuh

Rawatan Semulajadi Yang Mudah Untuk Rawat Anak Sembelit. Jom Kita Cuba!

337
SHARES

Sembelit dalam kalangan anak-anak sudah menjadi kebiasaan ketika mereka membesar. Kurang kekerapan ke tandas dan suka menahan diri dari membuang air besar adalah faktor kepada masalah sembelit dalam kalangan anak-anak. Apa yang merunsingkan adalah, bagaimana ibu bapa perlu merawat anak apabila berhadapan dengan situasi ini?

Sebelum berjumpa dengan pakar, apa kata anda cuba dahulu rawatan secara semulajadi di rumah untuk mengurangkan masalah sembelit dalam kalangan anak-anak. Tak tahu apa nak buat? Mari kita tengok cara-cara mudah yang boleh anda buat sendiri di rumah untuk merawat sembelit.

1. Air

http://learningherbs.com/

http://learningherbs.com/

Dehidrasi adalah punca utama kepada masalah sembelit anak-anak. Pastikan anak-anak minum air sekurang-kurangnya satu hingga 1.5 liter air sehari. Ini dapat membantu anak-anak menghindari masalah susah untuk buang air besar. Anda juga boleh cuba letakkan hirisan buah lemon dalam satu gelas air suam jika anak-anak mengalami masalah sembelit.

2. Buah-buahan

http://www.medicalnewstoday.com/

http://www.medicalnewstoday.com/

Pisang : Kaya dengan serat dan pektin yang membantu untuk mengurangkan sembelit. Mengambil dua biji pisang sehari boleh membantu melembutkan najis. Kandungan pektin di dalam pisang membantu pergerakan yang lancar dalam usus yang membantu perut untuk menyingkirkan bahan buangan.

Prun: Buah prun adalah penawar klasik untuk sembelit dan kemanisan buah prun serta tekstur menjadikan ia kegemaran dalam kalangan kanak-kanak. Prun mempunyai kandungan serat yang tinggi dan juga dapat membantu melembutkan najis. Namun, perlu diawasi jika anak-anak terlebih makan buah prun kerana khuatir akan sakit perut.

Epal: Ternyata buah epal juga adalah salah satu cara untuk menyembuhkan sembelit. Rasa yang enak dan tekstur yang rangup sudah semestinya menjadi kegemaran anak-anak. Mempunyai kandungan serat yang tinggi juga adalah sebab kenapa buah epal dapat mengurangkan sembelit dalam kalangan anak-anak.

Oren : Selain dari kaya dengan Vitamin C untuk kulit dan kesihatan dalam anak, buah oren juga antara agen ‘julap semulajadi’ yang dapat membantu mengurangkan sembelit.

3. Minyak zaitun

www.choice.com.au

www.choice.com.au

Anda boleh beri satu sudu minyak zaitun bersama satu sudu jus lemon kepada anak anda di waktu pagi untuk melancarkan sistem penghadaman mereka. Pastikan diambil ketika perut masih kosong untuk melegakan ketidakselesaan akibat sembelit.

4. Aloe vera

http://www.stylecraze.com/

http://www.stylecraze.com/

Aloe vera atau lidah buaya sangat terkenal dalam tips kecantikkan. Tetapi, tahukah anda bahawa aloe vera juga adalah salah satu ubat untuk merawat sembelit? Hanya ambil dua sudu penuh aloe vera dan dicampur bersama segelas air suam adalah cara paling efektif untuk merawat sembelit.

5. Yogurt

www.shutterstock.com

www.shutterstock.com

Yogurt mempunyai kegunaan yang pelbagai dalam kehidupan kita. Salah satu kegunaan yogurt yang orang terlepas pandang adalah merawat sembelit. Dengan adanya pemgambilan yogurt setiap hari, ia membantu untuk menyebarkan bakteria yang baik dalam perut anak-anak supaya sentiasa mudah untuk mereka buang air besar dan melancarkan sistem penghadaman.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×