Dapur

Rasanya Lemak & Manis, Resipi Pulut Nangka Ini Wajib Anda Cuba!

593
SHARES

Nangka merupakan buah yang kaya dengan serat yang boleh melancarkan proses perkumuhan. Jangan tak tahu, disebalik rasanya yang manis, buah ini juga kaya dengan antioksidan dan mempunyai ciri-ciri anti-bakteria. Biasanya, buah nangka ini dimakan begitu sahaja sudah cukup sedap kan? Tapi, apa kata anda cuba makan nangka yang dimakan bersama sos santan dan pulut. Rasanya cukup enak tau!

Menu pulut nangka ini jarang dijual di pasaran, biasanya banyak kedai yang jual pulut mangga, betul tak? Jadi, apa kata anda cuba buat sendiri resipi pulut nangka ini dirumah. Cara yang cukup mudah dan tak guna banyak bahan!

CARA NAK BUAT PULUT NANGKA

Bahan-bahan yang diperlukan:

Buah nangka

Beras pulut (direndam 8 jam) kurang pun boleh

Santan Pekat (guna santan kotak, lagi pekat lagi bagus)

Garam

Gula

Daun pandan (optional)

Cara-caranya:

Pulut

1. Mula-mula toskan pulut yang direndam kukus dalam periuk kukus letak daun pandan nak bagi wangi.

2. Masuk santan pekat dalam bekas dan masukkan garam dan gula, agak-agak rasa dengan tekak kacau bagi hancur gula.

3. Pulut yang sudah masak (dikukus) tadi boleh angkat dan gaul bersama santan tadi sehingga santan meresap.

4. Lepas itu, masukkan semula dalam periuk pengukus dan kukus sekali lagi sampai keluar wap. Angkat penutup dan taburkan gula dan gaul menggunakan senduk sehingga sekata. Tutup api dan biarkan ianya sejuk.

Nangka

1. Isi nangka belah dan buang biji jangan belah terus separuh je.

2. Amil pulut yang dah sejuk tadi dan kepal-kepalkan dan masuk ke dalam perut nangka.

3. Dah siap semua masuk nangka yg dh isi pulut dalam periuk pengukus dan kukus sebentar 3-5 minit untuk bagi nangka lembut sikit. Jangan kukus  lama nanti lembik tak sedap. Kalau suka nangka yang rangup tak payah pun boleh.

Sos/kuah

1. Santan pekat kisar bersama isi nangka, agak-agak ya jangan banyak sangat dalam 5 atau 6 ulas je.

2. Letak atas dapur dan masak dengan api sederhana sehingga mendidih.

3. Masukkan gula dan garam ikut citarasa.

Jom cuba!

Sumber: Zalipah Ibrahim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×