Mandikan bayi atau anak yang masih kecil bukanlah perkara yang mudah. Ada ibu bapa yang masih tidak biasakan diri untuk mandikan anak secara ‘pro’ dan memerlukan masa yang lama untuk menyelesaikan tugas tersebut, maklumlah bahaya kalau tersilap langkah!
Jadi, ibu bapa kena sedar bahawa bilik air merupakan lokasi yang merbahaya buat anak-anak yang masih kecil. Jika tidak menggunakannya, pastikan pintu ditutup supaya anak-anak yang masih kecil tidak masuk bermain dan seterusnya mencetuskan perkara yang tidak diingini seperti lemas!
ANAK LEMAS DALAM BILIK AIR
Kes terbaharu dilaporkan pada hari Jumaat lepas, anak seorang Lans Koperal polis ditemukan lemas dalam bilik air di kuarters Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Seri Kembangan di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, bayi berusia satu tahun sembilan bulan itu dikatakan berada di rumah bersama ibunya ketika kejadian pada 2 petang itu.
Menurut laporan Harian Metro, bayi berkenaan dikatakan sedang bermain, manakala ibunya sedang memasak di dapur. Namun, ketika si ibu sedang memasak di dapur, terdetik rasa tidak sedap hati selepas melihat tiada kelibat dan bunyi bermain si mangsa.
Apa yang mengejutkan adalah, wanita itu kemudian menemui anak tunggalnnya itu dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam bilik air rumah terbabit.
Ketua Polis Serdang berkata, wanita berkenaan yang panik meminta bantuan jiran sebelum membawa mangsa ke balai polis.
“Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Serdang, namun pihak hospital mengesahkan bayi itu sudah meninggal dunia.
“Mayatnya sudah dibedah siasat dan dibawa ke Tumpat, Kelantan untuk dikebumikan hari ini.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-kanak 2001,” katanya.
5 TIPS KESELAMATAN DI RUMAH
1.Elakkan tingkap di rumah ‘digrill’ mati. Pasang grill yang boleh dibuka untuk memudahkan jalan keluar jika berlaku kebakaran.
2.Jika ada anak-anak kecil, pastikan bucu-bucu tajam perabot ditutup dengan guard bagi mengelakkan kecederaan ketika anak-anak berlari.
3.Pastikan skirting tile di lantai rumah anda tidak tajam. Jika anak-anak berlakri dan terjatuh pada tile boleh menyebabkan kecederaan.
4.Pastikan pintu bilik air sentiasa ditutup. Pastikan tiada air bertakung dalam baldi bagi mengelakkan kanak-kanak bermain.Jika ada, pastikan pinti dikunci dari luar bagi mengelakkan kanak-kanak masuk dari bermain.
5.Sembunyikan racun perosak, sabun pencuci dan bahan kimia di tempat yang tidak dicapai oleh kanak-kanak.
Sumber: Harian Metro