Euforia Bola 2026
Didik

“Bila Mak Ayah Tiada, Siapa Akan Jaga?”- Kakak Ini Kongsi 5 Perancangan Demi Masa Depan Adik Autisme

ADIK AUTISME

Ramai ibu bapa dan ahli keluarga kepada anak istimewa pernah terfikir tentang satu persoalan yang sukar untuk dijawab, iaitu siapakah yang akan menjaga adik autisme apabila ibu bapa sudah tiada nanti.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, Syazwani MK berkongsi lima perancangan awal yang sedang dilakukan bersama keluarganya bagi memastikan masa depan adik autisme mereka lebih terjamin.

Baca juga: Ayah Tunjuk ‘Ultrasound Palsu’, Anak Terus Serik Makan Jajan Selepas Nampak ‘Ulat’ Dalam Perut!

5 PERANCANGAN AWAL JAGA ADIK AUTISME BILA MAK AYAH DAH TAK ADA

ADIK AUTISME

Walaupun topik ini sangat sedih untuk difikirkan, dia percaya setiap keluarga perlu mula merancang dari sekarang demi kesejahteraan insan tersayang.

1. Latih adik berdikari uruskan diri

Menurut Syazwanimk, antara perkara paling penting ialah melatih adiknya supaya lebih berdikari dalam menguruskan keperluan asas harian.

Antara kemahiran yang sedang diajar termasuk mandi, memakai pakaian sendiri, makan, menjerang air, mencuci pinggan, menyidai pakaian serta tugasan harian yang lain.

Kemahiran ini diharap dapat membantu adiknya menjalani kehidupan dengan lebih yakin sekiranya suatu hari nanti ibu bapa sudah tiada.

2. Rancang harta amanah untuk masa depan

Selain persediaan dari segi kemahiran hidup, keluarganya juga merancang untuk mendapatkan maklumat mengenai trust fund atau harta amanah.

Perancangan ini penting supaya simpanan yang diperuntukkan untuk adiknya dapat diuruskan dengan baik dan tidak menghadapi masalah apabila berlaku kematian ibu bapa.

Langkah ini juga dapat memastikan kebajikan kewangan individu autisme terus terpelihara pada masa hadapan.

ADIK AUTISME

3. Giliran jaga bersama

Syazwanimk turut berkongsi bahawa mereka sekeluarga sudah menetapkan minda untuk memikul tanggungjawab menjaga adik secara bersama.

Mereka merancang untuk bergilir-gilir menjaga adik supaya tanggungjawab tersebut tidak dipikul oleh seorang individu sahaja.

Menurutnya, sokongan daripada seluruh ahli keluarga amat penting bagi memastikan adik terus mendapat kasih sayang dan perhatian.

4. Cari info rumah komuniti dewasa

Sebagai langkah persediaan, mereka juga sedang mencari maklumat mengenai pusat jagaan harian atau rumah komuniti untuk individu autisme dewasa.

Namun, beliau menegaskan bahawa ia hanyalah sebagai pelan sokongan sekiranya diperlukan pada masa hadapan.

Katanya, selagi diberi kesempatan dan usia yang panjang, mereka tetap berhasrat untuk menjaga adik sendiri.

5. Tulis buku diari adik

Satu lagi perancangan yang dianggap penting ialah menyediakan sebuah diari khas mengenai adiknya.

Diari tersebut akan mengandungi maklumat lengkap seperti rutin harian, cara menenangkan adik ketika mengalami tantrum, jadual ubat serta rekod kesihatan.

Dokumen ini diharap dapat menjadi panduan kepada ahli keluarga atau penjaga lain sekiranya diperlukan pada masa akan datang.

Di akhir perkongsiannya, Syazwanimk mengakui bukan mudah untuk membayangkan kehidupan tanpa kehadiran adik tersayang.

Namun, dia berharap agar semua adik-beradik diberikan kekuatan untuk meneruskan amanah menjaga adik sebagaimana ibu bapa mereka telah melakukannya selama ini.

Baca juga: “Utamakan Fatima”– Fazura Minta Semua Pihak Berhenti Campur Tangan, Pilih Co-Parenting Dengan Fattah Amin

Sumber: TikTok Syazwanimk

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×