Famili

“Ramai Pesakit Masuk Hospital Kerana Demam Panas..”-Ini 12 Nasihat Penting Doktor Untuk Ibu Ayah Bila Anak Sakit

1
SHARES

“Perasan tak makin ramai pesakit kita yang masuk wad disebabkan sawan panas?”

Itulah perbualan Dr Redza Zainol bersama rakannya di hospital. Jelasnya, semua pesakit yang dimasukkan ke hospital mengalami demam sehingga suhu setinggi 40°C.

Rata-rata pesakit terdiri daripada kanak-kanak disahkan positif Influenza A dan B. Dari Influenza, anak-anak dapat demam tinggi. Dari demam tu, ada yang jadi sawan pula. Dah jatuh, ditimpa tangga pula. Pesakit lain tak dibenarkan bercampur dengan kanak-kanak yang positif Influenza kerana risau makin merebak.

Baca juga: Cara Rangsang Otak Anak Ikut Umur, Tak Payah Mainan Mahal-Mahal

INI 12 NASIHAT PENTING DOKTOR UNTUK IBU AYAH

Antara pesanan untuk disampaikan pada ibu bapa adalah:

1. Influenza boleh berlaku pada semua golongan. Kanak-kanak, orang dewasa dan warga emas semua boleh dijangkiti virus Influenza. Maknanya penjaga kepada kanak-kanak yang positif Influenza pun boleh sama dijangkiti.

2. Influenza ni ialah jangkitan yang berlaku sepanjang tahun. Cumanya semasa cuti sekolah baru ni, kes Influenza meningkat atas sebab ramai yang keluar bercuti dan berjalan.

3. Ada 4 jenis Influenza iaitu Influenza A, B, C dan D. Yang paling kerap menjangkiti kanak-kanak ialah Influenza A dan B.

4. Kalau pekerja dapat MC atas sebab sakit Influenza, duduklah di rumah. Asingkan diri. Kita nak awak sembuh dan tak sebarkan pada orang lain.

5. Kalau anak dapat MC atas sebab jangkitan Influenza, biarlah anak di rumah. Kalau tetap dihantar ke taska dan sekolah, anak tak faham konsep mengasingkan diri 1 meter jauh dari kawan- kawan.

6. Adab batuk dan bersin. Tutup mulut dan hidung guna sapu tangan dan tisu. Buang tisu ke dalam tong sampah selepas habis digunakan. Kalau terpaksa guna tangan semasa batuk dan bersin, cuci tangan tu.

7. Kalau dapat ubat Tamiflu, habiskan ubat ni selama 5 hari. Ada pesakit yang tak dapat ubat Tamiflu ni.

8. Cara virus Influenza merebak ialah melalui titisan salur pernafasan. Maksudnya, anak-anak yang bersin, batuk dan bercakap boleh pindahkan virus ke sekeliling.

9. Di rumah, cuba asingkan diri anak dan tak berkongsi tuala, pakaian, tempat tidur dengan ahli keluarga lain yang sihat.

10. Golongan berisiko tinggi ialah kanak-kanak bawah 5 tahun, wanita hamil dan warga emas.

11. Bila balik dari tempat kerja, cuci tangan bersih-bersih dan tukar baju sebelum salam dan peluk anak di rumah.

12. Pakai face mask jika pergi ke klinik atau hospital.

Kanak-kanak tak pandai nak luahkan apa yang dirasa. Yang mereka tahu, cuma menangis dan merengek sebab mereka pun tak faham apa yang berlaku pada diri mereka. Kitalah yang mereka ada sebagai pelindung. Percaya pada gerak hati sendiri dan bawa mereka ke klinik atau hospital bila perlu.

Sumber: Twitter Dr Redza Zainol

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×