Kini Trending

“Rajin Solat Tapi Berkelakuan Begini..”- Anak Marah Ibu Ada Hubungan Dengan Suami Orang

10
SHARES

Sebuah hantaran tular di media sosial Indonesia memaparkan luahan seorang anak yang memarahi ibunya kerana bercinta dengan lelaki yang sudah beristeri, lapor laman berita Suara.com.

Dipercayai kejadian yang berlaku di Indonesia itu mendapat perhatian ramai, lapor laman Kosmo semalam.

Baca juga: Budak 10 Tahun Maut Ditikam Bapa Saudara Ketika Belajar Dalam Kelas

ANAK MARAH IBU BERHUBUNGAN DENGAN SUAMI ORANG

Gambar: Kisah seorang anak mengenai ibunya bercinta dengan lelaki yang sudah berkahwin menjadi tular di media sosial. -Twitter/Kosmo

Hantaran itu dimuat naik dalam akaun Twitter @Askrfess. Pengguna itu meminta nasihat netizen mengenai tindakan ibunya yang mengganggu suami orang.

“Saya sedih kerana ibu saya mempunyai teman lelaki. Tetapi dia bercinta dengan suami orang dan tidak pernah mendengar apabila diberi nasihat,” katanya.

Kemarahannya memuncak apabila ibunya pergi ke balai polis tempat lelaki itu bekerja untuk menemaninya.

BIARPUN SOLAT MASIH LAGI BUAT PERKARA TIDAK BAIK

Gambar hiasan: PesonaPengantin.

“Rajin solat tetapi berkelakuan begini. Tak malu dengan sejadah? Baik pulang sekarang,” demikian potongan mesej dihantar pengguna itu kepada ibunya.

Dia terus memarahi ibunya kerana mereka selalu bergaduh mengenai teman lelakinya.

“Habis solat mama balik,” balas ibunya.

Hantaran itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Kalau saya diam sahaja, buat penat. Bazir tenaga sahaja. Mereka tidak akan sedar sampai bila-bila, lebih baik diam walaupun sakit,” kata seorang netizen.

Sumber: Kosmo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×