Tidak disangkakan ancaman bunuh yang kerap diterima dari bapa saudara benar terjadi. Sebagaimana yang dilaporkan Utusan Malaysia semalam, abang kepada mangsa tidak menduga jenayah itu benar berlaku terhadap adiknya ketika sedang menuntut ilmu.
Nasib tragis dialami oleh seorang kanak-kanak berusia 10 tahun yang ditikam oleh bapa saudaranya di dalam sebuah kelas di Yayasan Baiti Jannati, Deli Serdang, Sumatera.
Baca juga: Ayah Menyesal, Anak 6 Bulan Maut Paru-Paru Berair Semasa Naik Motosikal
BUDAK MAUT DITIKAM KETIKA BELAJAR DALAM DALAM KELAS
Lapor Tribunnews, Ketua Polis Sunggap, Chandra Yudha Pranata berkata, pelaku tiba-tiba masuk ke dalam kelas dan menikam mangsa ketika kejadian.
Katanya, mangsa maut akibat tikaman di hadapan murid-murid lain dan guru kelas mereka.
“Disebabkan kejadian itu, murid-murid lain menjerit ketakutan sebelum suspek melarikan diri.
“Sehingga kini, kita masih berusaha menjejaki suspek bagi mengetahui motif sebenar,” katanya.
ANCAMAN BUNUH TAK DIHIRAUKAN, ANGGAP BAPA SAUDARA TAK AKAN LAKUKAN
Sementara itu, abang mangsa, Nadya, 25, berkata, tiada hal yang mencurigakan ketika dia menghantar adiknya ke sekolah.
“Setiap hari saya hantar adik ke sekolah dan ketika hari kejadian, dia masuk ke sekolah seperti biasa.
“Tak lama selepas itu, saya dihubungi oleh pihak sekolah yang mengatakan adik saya sudah meninggal dunia,” katanya.
Nadya berkata, pelaku berkemungkinan melompat dari arah belakang sekolah. Katanya, sepanjang perjalanan ke sekolah, dia tidak melihat bapa saudara mengekorinya.
“Sebelum ini, memang adik saya kerap mendapat ancaman bunuh dari bapa saudara.
“Saya tidak menghiraukan ancaman itu kerana dia adalah bapa saudara saya.
“Namun, saya tak sangka dia benar-benar membuktikan ancamannya. Saya berharap sangat dia dapat ditangkap segera,” katanya.
Sumber: Utusan Malaysia