Famili

Raikan Semanis Syawal Di MyTOWN – Karakter Kuih Yang Comel Pasti Menghiburkan Anda Sekeluarga

530
SHARES

Masuk je bulan puasa admin perasan ramai orang berpusu-pusu serbu mall. Bukan nak shopping saja, tapi sebab nak tengok dekorasi ruang dalaman mall waktu musim perayaan. Ya lah, siapa tak nak gambar Instagram dengan background yang cantik, kan?

So untuk artikel kali ni, admin nak share kemeriahan sambutan hari raya di Pusat Beli-Belah MyTOWN, Kuala Lumpur. Bertemakan ‘Semanis Syawal’, MyTOWN menampilkan perayaan Hari Raya Aidilfitri yang diraikan oleh bukan sahaja kaum Melayu tetapi pelbagai bangsa di Malaysia melalui kuih tradisional Melayu yang disukai oleh semua lapisan masyarakat. Sebagai rakyat Malaysia, anda mesti ada kuih favourite sendiri!

Persiapan raya di Kampung Che Manis meriah!

Bermula 17 Mei hingga 16 Jun 2019, jom datang beramai-ramai dan terokai Kampung Che Manis di MyTOWN! Kalau anda nak tau, ruang tengah MyTOWN ni lah yang telah diubah suai menjadi sebuah perkampungan kecil. Di situ, anda boleh berjumpa dengan 3 Sekawan Kuih: Luq Lapis (Kuih Lapis), Yaya Yap (Kuih Ketayap) dan Bob Hulu (Kuih Bahulu) bersama penduduk kuih yang membuat persiapan raya. Ada kuih yang masak rendang, bakar lemang, hias rumah dan banyak lagi!

Boleh bergambar & nikmati persembahan Raya!

Selain itu, anda juga boleh berhibur dengan persembahan hari raya Kampung Che Manis macam Santai Raya bersama Ippo Hafiz, sesi bercerita bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), gendang rakyat dan joget Kampung Che Manis. Haa… teringin nak jumpa Bob Hulu, Luq Lapis dan Yaya Yap tak? Maskot 3 Sekawan Kuih juga akan berlegar-legar dalam MyTOWN untuk beramah mesra dengan pengunjung MyTOWN.

Bazar raya pun ada!

Nak mood raya anda lagi onz? Jangan risau sebab di Kampung Che Manis juga ada bazar raya di Aras Bawah (Ground Floor). Bazar Raya ni menjual barangan keperluan raya seperti kuih raya, hamper, baju raya dan banyak lagi!

Dah penat shopping, anda tak perlu pening kepala nak cari tempat berbuka puasa. Turun je Aras B1 – Foodtown sebab di situ ada tempat duduk khas yang disediakan untuk berbuka dan banyak juadah berbuka puasa yang dijual. Kalau nak feel lain daripada yang lain, anda boleh ke bahagian luar pusat membeli belah di Sunken Garden. Dekat situ dibentangkan beberapa tikar mengkuang untuk anda duduk bersantai dengan keluarga.

Berpeluang bawa pulang barangan eksklusif 3 Sekawan Kuih

Haaa… selesai shopping di MyTOWN, anda jangan lepaskan peluang untuk dapatkan barangan eksklusif 3 Sekawan Kuih yang comel secara percuma. Kalau anda shopping RM50 ke atas, jangan lupa untuk ke kaunter informasi MyTOWN untuk membawa pulang Paket Raya Mini.

Tapi, lagi banyak anda shopping raya, lagi banyak pilihan barangan eksklusif macam Paket Raya Premium, Beg atau Bantal Kuih. So, baca dulu Terma dan Syarat dan serbu dengan pantas sementara stok masih ada.

Jom rasai kemeriahan Manisnya Raya bersama 3 Sekawan Kuih di MyTOWN!

Jangan lupa ke MyTOWN  untuk sama-sama memeriahkan sambutan raya di sana. Klik video di bawah sebab admin nak belanja video Penduduk Kampung Che Manis buat persiapan raya mereka:

Comel, kan? Kalau anda nak tahu maklumat lanjut tentang sambutan hari raya dan aktiviti juga persembahan Raya di MyTOWN, layari laman sesawang MyTOWN atau Facebook MyTOWN Shopping Centre dan Instagram MyTOWNKL. Admin jumpa anda di sana ya! #MyTOWNKL #SemanisSyawal

MyTOWN Shopping Centre
No. 6 Jalan Cochrane, Cheras
Seksyen 90, 55100 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

03-2710 0057

Waktu Operasi
10.00 pagi – 10.00 malam

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×