Ogos adalah bulan istimewa buat semua rakyat Malaysia, bulan di mana kita bersama-sama dapat meraikan semangat patriotisme dikalangan penduduk yang berbilang bangsa.
Antara benda yang paling kita teruja sekali tunggu mestilah perarakan pada Hari Kebangsaan dan promosi istimewa yang ditawarkan peniaga sempena meraikan bulan penuh bermakna ini! :))
Grab rai bulan kemerdekaan dengan pelbagai promosi istimewa!
Setiap tahun, Grab adalah antara syarikat yang tidak pernah gagal untuk meraikan bulan kemerdekaan dengan orang ramai. Tiap-tiap tahun ada sahaja tawaran istimewa menanti setiap pelanggan.
Haa.. Untuk tahun ini, agak-agak ada promosi apa pula eh?
Pelbagai tawaran menarik dengan GrabPay untuk anda nikmati
Korang pengguna GX Bank? Apa kata daftarkan kad GX Bank korang sebagai salah satu cara pembayaran di GrabPay untuk menikmati beberapa kelebihan menarik seperti di bawah:
Pulangan Tunai Tanpa Had
Nikmati pulangan tunai tanpa had sebanyak 1% untuk semua pembelian menggunakan Kad GX. Ini adalah cara terbaik untuk mengumpul ganjaran tambahan setiap kali anada berbelanja!
Diskaun Hebat dengan GrabPay dan PayLater
- GrabPay: Diskaun sebanyak RM16 untuk setiap perbelanjaan dengan jumlah minimum RM180.
- PayLater by Grab: Diskaun RM20 dengan perbelanjaan minimum RM200. Pilih PayLater untuk kemudahan pembayaran ansuran untuk memanfaatkan diskaun eksklusif ini.
Sertai cabaran gold bar GrabPay untuk berpeluang memenangi gold bar seberat 5g!
Caranya mudah je, korang hanya perlu buat pembayaran menggunakan GrabPay dan 10 orang bertuah dengan jumlah pembelian terbanyak layak untuk memenangi gold bar ini!
Haa.. Lepas ini nak beli apa-apa pun, bayar guna GrabPay tau, dahlah mudah sebab ianya transaksi cashless siap berpeluang untuk menang emas lagi. Seronoknya!
Jadi, tunggu apa lagi? Jom muat turun aplikasi Grab sekarang! Ikuti laman Instagram Grab atau klik di SINI sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut.