Didik

Rahsia Murid Darjah 2 Kelahiran Perak Ini Juara Pertandingan Matematik Antarabangsa

415
SHARES

JUARA PERTANDINGAN MATEMATIK ANTARABANGSA!

Siapa sangka walaupun baru berusia 8 tahun, adik Reeno Chin telah berjaya mengharumkan nama negara selepas menjuarai pertandingan matematik peringkat antarabangsa di Moscow, Rusia pada 22 Julai lalu.

Malay Mail

Reeno pelajar darjah dua Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bandar Seri Botani dinobatkan sebagai ‘Grand Champion Level 5 Aloha Mental Arithmetic International Competition’ apabila menewaskan lebih 1,200 peserta dari 20 negara seluruh dunia.

DIA SEPERTI KANAK-KANAK BIASA

“Dia seperti kanak-kanak biasa yang ada masa bermain dan ada masa belajar, namun saya tidak pernah memaksa beliau membuat latihan matematik. Wong Pui Si, 41, ibu kanak-kanak pintar itu berkata anak bongsu daripada dua beradik itu mula menunjukkan minat mengira sejak berumur lima tahun.

“Cuma saya hadkan masa untuk mereka berhibur, di rumah saya tiada televisyen hanya ada radio dan komputer atau permainan video boleh main sebulan sekali sahaja,” katanya kepada pemberita ketika membuat kunjungan hormat ke pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan,Teknologi, Sains, Alam Sekitar dan Penerangan negeri Dr Abdul Aziz Bari, di sini, hari ini.

Menurut suri rumah itu, kejayaan Reeno yang mempertahankan gelaran ‘Grand Champion’ kali ini merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

“Ketika di Moscow beliau demam panas, muntah dan cirit-birit tetapi beliau masih mahu meneruskan pertandingan dan berjaya memenanginya selepas menjawab 70 soalan dengan betul dalam masa kurang lima minit,” katanya.

Wong turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana memberi tajaan sebanyak RM5,000 untuk perbelanjaan anaknya di Moscow.

Utusan Borneo Online.

Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata kerajaan negeri akan sentiasa menyokong inisiatif ibu bapa yang mahu mengetengahkan bakat anak-anak mereka dalam apa jua bidang termasuk seni dan sukan. Bukan itu sahaja pada pertemuan itu, Abdul Aziz menyerahkan insentif sebanyak RM500 kepada murid pintar terbabit.

Tahniah Reeno Chin!

Sumber: BERNAMA

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×