Rakyat

Shopping Mall Pertama Mesra Autisme, Ini 5 Ciri Unik Sunway Putra Mall Ibu Ayah Kena Tahu

Mungkin tak ramai antara kita yang memahami perasaan gementar atau risau apabila ibu ayah nak membawa anak autisme mereka ke tempat awam.

Tahukah anda, Sunway Putra Mall yang terletak di Jalan Putra, Chow Kit, ini telah dinobat sebagai pusat beli-belah pertama di Malaysia yang mesra autisme.

Seiring dengan itu, bermula 8 Januari 2019, Sunway Putra Mall akan menganjurkan Autism Friendly Shopping Day pada setiap hari Selasa. Ia merupakan inisiatif pihak pengurusan dalam menunjukkan sokongan terhadap anak autisme di Malaysia.

Sangat mengujakan, bukan?

Jom kita tengok apa features menarik di Sunway Putra Mall yang ibu ayah boleh manfaatkan melalui inisiatif ini.

5 Keunikan Sunway Putra Mall, Pusat Beli-Belah Pertama Di Malaysia Yang Mesra Autisme

Bagaimana pusat beli-belah ini dikatakan sebagai tempat yang mesra autisme?

Haa… Ada banyak kelebihan yang akan anda perolehi, terutamanya pada setiap hari Selasa jam 10 pagi hingga 5 petang, apabila anda mendaftar sebagai ahli Autsome di Sunway Putra Mall ini.

Jom kami kongsikan serba sedikit tentang kelebihan yang boleh anda perolehi di sini, beserta sedikit perkongsian tambahan oleh salah seorang ibu, Puan Wan Hanani yang dah menjejakkan kaki sendiri untuk merasai pengalaman di sini bersama anak autisme beliau.

1. Kemudahan Tempat Letak Kereta

Setiap hari Selasa, anda akan mendapat layanan istimewa di mana tempat letak kereta khas akan diperuntukkan untuk memudahkan anda.

Foto Kredit: Wan Hanani

Anda akan dibekalkan dengan kit untuk pelekat kereta serta band pergelangan tangan. Ibu bapa boleh mendaftar secara dalam talian dan kemudian mengambilnya di Concierge, Ground Floor.

Foto Kredit: Wan Hanani

2. Pencahayaan Lampu & Muzik Yang Lebih Menenangkan

Seperti yang kita sedia maklum, anak autisme biasanya amat sensitif terhadap persekitaran dan mungkin ada masanya berasa tak selesa dengan muzik yang bingit dan lampu yang terang.

Oleh itu, Sunway Putra Mall mengambil langkah menata pencahayaan lampu agar lebih malap dan muzik juga diperlahankan antara pukul 10 pagi hingga 5 petang pada setiap hari Selasa.

3. Aktiviti Menarik

Banyak aktiviti menarik yang boleh mengisi masa anda bersama anak-anak, contohnya di Parenthood Playland dan taman permainan kucing dinamakan CAT Playground.

Kalau tengok di laman web Sunway Putra Mall, buat masa ini kedua-dua playground di atas dapat masuk percuma pada hari Selasa dari jam 10 pagi hingga 5 petang untuk anda yang mendaftar. Seronok kan? Pasti buat anak anda leka berjam-jam lamanya!

The Parenthood Playland / Foto Kredit: Wan Hanani

Uniknya, CAT Playground ini bukan saja menempatkan kucing sebagai ‘penyambut’ tetamu, malah alat permainan yang disediakan mempunyai fungsi terapeutik yang berguna buat kanak-kanak normal dan berkeperluan khas.

4. Fasiliti Khas

Tidak terhad pada hari selasa sahaja, selain itu terdapat juga fasiliti seperti calm room yang terdapat di aras LG. Manakala sensory walls yang berada di Aras 2 dan Aras 3. Kedua-dua fasiliti ini boleh diakses setiap hari.

Fasiliti ini boleh digunakan untuk membantu ibu bapa mendapatkan ruang yang selesa bagi anak autisme mereka bertenang apabila menghadapi meltdown dan diasingkan daripada hiruk-pikuk aktiviti yang terdapat di pusat beli-belah tersebut sekiranya perlu.

Foto Kredit: Wan Hanani

5. Tawaran Diskaun

Lagi best, ada banyak tawaran diskaun di outlet terpilih dalam Sunway Putra Mall untuk anda yang mendaftar.

Jadi, mak-mak pun bolehlah shopping sakan sambil bawa anak jalan-jalan!

Menarik kan?

Autsome adalah singkatan bagi Autism Is Awesome, dan ia mengambil pendekatan anak autisme dengan ciri yang berikut : Always Unique, Totally Intelligent, Sometimes Mysterious.

Menurut sumber The Asian Parent, Sunway Putra Mall juga telah menjadikan Autism Behavioral Center, iaitu pusat terapi terbesar di Malaysia sebagai rakan kongsi mereka untuk inisiatif ini.

Pengarah pusat ini Charlene Marine Samuel berharap, usaha sama mereka ini dapat memberi banyak peluang kepada anak autisme untuk menikmati  kehidupan di luar rumah.

Kami menyokong usaha baik oleh Sunway Putra Mall yang awesome ini! Semoga inisiatif ini dapat menjadi contoh kepada banyak lagi pusat beli-belah dan tempat awam yang lain.

Untuk maklumat lanjut tentang Autsome, layari laman web rasmi Sunway Putra Mall di https://www.sunwayputramall.com/autsome/

Most Popular

To Top