Famili

“Bila Tak Reda, Akan Jadi Masalah Kepada Anak Autism” Ini Cerita Daripada Adli Yahya, Pengasas Autism Cafe Project

40
SHARES

Masih ramai lagi yang belum mengetahui dan memahami di sebalik sindrom Autisme. Autisme atau Autism Spectrum Disorder (ASD) adalah gangguan perkembangan saraf yang menpengaruhi perkembangan kanak-kanak berkomunikasi dan tingkah laku.

AYAH KONGSI KISAH CEKAL JAGA ANAK AUTISME

Mohd Adli Yahya, bapa kepada remaja Autisme dan non verbal menceritakan kelahiran anaknya, Luqman Mohd Shariff normal dan tidak bermasalah. Luqman mula menunjukkan tingkahlaku pelik semasa berumur satu tahun, iaitu bila anaknya terus berjalan selepas fasa meniarap.

Adli Yahya menolak untuk berjumpa doktor kerana takut anaknya mungkin didiagnos dengan penyakit. Beliau mula percaya anaknya menghidapi Autisme setelah membaca simptom di internet.

Bila dia describe condition autisme tu, satu-satu kena dekat dia. Masa tu saya rasa kecewa sangat Allah S.W.T bagi dia kepada saya. Saya tak nampak lain, selain daripada perasaan kecewa. Sehingga kami punya hubungan tu dah tak ada apa-apa dah. Saya buat kerja saya, saya jumpa dia saya nak marah. Dia nak jumpa saya dia takut. Dah lama-lama tu Allah S.W.T lembutkan hati saya.

Antara tanda dan gejala Autisme  

  1. Lambat, tidak normal dan tidak boleh bertutur
  2. Bahasa tanpa lisan yang tidak normal, contoh kurang pergerakan badan
  3. Kurang cerdas semasa bermain
  4. Hilang tumpuan dan kurang mimik muka
  5. Suka bermain sendirian
  6. Tertekan kepada perubahan kecil yang berlaku di persekitaran

Adli Yahya juga turut menambah anaknya cenderung untuk mengikut arahan dan tidak mempunyai tantrum dan meltdown.

Unik tentang anak saya ni, dia follow instruction. Dia ikut instruction dan dia akan buat bila kita prompt dia.

Berkenaan dengan cabaran membesarkan anak Autisme, Adli Yahya berkongsi bahawa penerimaan atau redha adalah cabaran awal bagi ibu bapa.

Bila tak redha akan jadi masalah. Kalau you redha, apa yang dibuat tu you akan terima. Tapi kalau you tak redha, you ajar dia tapi dia tak buat, you nak marah. Sebab you tak terima keadaan dia macam tu.

Beliau menambah tercetusnya idea untuk menubuhkan Autism Cafe Project selepas berfikir tentang masa depan anaknya.

Apa jadi selepas saya tiada. Siapa nak ambil dia kerja. Non verbal, ada karakter yang pelik-pelik

Adli Yahya akhirnya terlintas untuk membuat perniagaan yang boleh membantu anaknya untuk hidup. Bila Luqman telah dipindahkan ke kafe, beliau nampak perubahan ketara kepada anaknya. Autism Cafe Project ialah satu usahanya untuk mewujudkan peluang pekerjaan kepada anak-anak Autisme.

Berikan sokongan kepada mereka, lawati Autism Cafe Project yang bertempat di LG12, DaMen Mall, USJ (11.30 AM – 8  PM)

Ikuti video penuh temubual bersama En Adli Yahya di platform Youtube kami

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×