Pra-Hamil

9 Perkara Yang Perlu Dielak Jika Anda Sedang Berusaha Untuk Hamil

161
SHARES
punca susah hamil

Masalah ketidaksuburan adalah sesuatu yang menyukarkan buat semua pasangan yang melaluinya. Tak mungkin kita akan memahaminya selagi kita belum pernah merasainya.

Ada yang menunggu bertahun-tahun lamanya, tapi masih lagi belum dikurniakan rezeki. Menurut laman web kesihatan Medicine Net, tiada satu ujian khusus yang dapat mengenalpasti punca susah hamil atau ketidaksuburan. Setiap rawatan mahupun diagnosis memerlukan masa serta kesabaran untuk mengumpul maklumat yang cukup.

Walaubagaimanapun, ini adalah beberapa perkara yang berbaloi untuk dielakkan jika sedang merancang untuk hamil.

9 Perkara Yang Perlu Dielak Jika Anda Sedang Berusaha Untuk Hamil

1. Merokok & Menghidu Asap Rokok

Mungkin tak ramai wanita yang merokok di Malaysia. Tapi, agak ramai wanita yang menjadi ‘perokok sekunder‘, di mana anda sering terdedah kepada asap rokok oleh pasangan, rakan sekerja, atau sesiapa saja yang dalam lingkungan rapat anda. Menurut kajian, pendedahan kepada asap rokok yang kerap mampu menjejaskan kesihatan dan kesuburan wanita.

Bagi lelaki yang merokok pula, penelitian pakar mendapati mereka ini memiliki bilangan sperma yang kurang, kelajuan yang rendah, dan lebih cenderung terhadap abnormaliti / kecacatan.

www.tommys.org

2. Obesiti

Obesiti boleh meningkatkan risiko ketidaksuburan kerana ia mungkin menjadi punca yang membuatkan kitaran haid anda kucar-kacir. Lakukan senaman secara konsisten tetapi elakkan daripada mengamalkan diet ekstrem.

Selain itu, ia juga boleh menyebabkan komplikasi kehamilan seperti masalah diabetes dan preeklampsia.

Gadis 'chubby' didekati jejaka lebih muda, sukar buat pilihan hati

3. Senaman / Diet Yang Ekstrem

Rutin harian yang aktif dan pemakanan yang sihat sememangnya boleh membantu anda untuk lebih sihat dan sekaligus mempercepatkan kehamilan.

Namun, pastikan diet serta senaman yang dilakukan tidak terlalu ekstrem. Perubahan mendadak ini juga boleh memberi kesan kepada tubuh badan seseorang, dan ia boleh mempengaruhi kitaran haid wanita.

Cara diet yang betul

Foto Kredit: playbuzz.com

4. Terlalu Kurus

Selain disebabkan obesiti, tubuh yang terlalu kurus juga boleh memberi kesan negatif kepada kesuburan wanita.

Oleh itu, cuba capai BMI ideal melalui pemakanan yang seimbang dan berkhasiat.

punca susah hamil

Foto Kredit: taqplayer.info

5. Penggunaan Barangan Plastik Dengan BPA

Bisphenol atau nama singkatannya BPA – adalah bahan kimia yang seringkali dijumpai dalam barangan plastik seperti botol minuman, bekas makanan, dan bahagian tertentu pada tin aluminium.

Sesetengah kajian yang dilaporkan oleh laman web kesihatan Web MD mendapati bahawa pendedahan kepada BPA ini mampu menjejaskan kesuburan wanita dengan menurunkan bilangan telur yang terhasil dan merendahkan bilangan sperma pada lelaki.

Kini, dah banyak bekas plastik yang dibuat khas agar bebas BPA, jadi bolehlah anda semak labelnya dengan teliti ya!

Foto Kredit: livestrong.com

6. Mengabaikan Kesihatan Oral

Jika selama ini anda kurang mengambil perhatian terhadap kesihatan mulut, inilah masanya untuk anda kembali membuat temujanji dengan doktor gigi.

Menurut saintis, pengabaian kesihatan oral seperti kerosakan gigi dan masalah gusi boleh menjejaskan sperma lelaki dan menurunkan kadar kesuburan wanita.

Foto Kredit: mynahcare.com

7. Junk Food

Sungguhpun menjaga pemakanan amat penting untuk kedua-dua pasangan yang cuba untuk hamil, sebuah kajian mendapati bahawa lelaki perlu memberi lebih penekanan tentangnya.

Ini kerana, pemakanan makanan rapu yang padat dengan lemak trans dikaitkan dengan konsentrasi sperma yang rendah dan kurang berkualiti.

Foto Kredit: npr.org

8. Stres

Anda mungkin lebih sensitif, letih mendengar pelbagai saranan, dan penat mencuba. Tidak dinafikan keadaan ini adalah amat sukar, lebih-lebih lagi jika anda telah lama menunggu cahaya mata.

Cuba dapatkan bantuan dan sokongan dan elakkan diri daripada merana seorang diri. Stres bukan saja mempengaruhi kesihatan mental anda, tetapi juga kesihatan fizikal – termasuklah kesuburan anda.

Foto Kredit : nutritionistcolumn.blogspot.com

9. Malu Berjumpa Doktor

Jika anda mengalami masalah berkaitan haid, atau isu-isu lain yang berkaitan dengan kesihatan seksual, jangan malu untuk mendapatkan nasihat daripada pakar. Menurut sumber, 1/3 daripada kes ketidaksuburan adalah disebabkan oleh isu yang dihadapi oleh lelaki, 1/3 daripada wanita, manakala 1/3 adalah tidak diketahui.

Namun, dengan rawatan susulan, tidak mustahil anda dapat mengetahui puncanya dengan lebih mendalam.

Foto Kredit: onfertility.com

Tak Salah Berusaha

Tidak dinafikan, kadangkala mereka yang tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan tetap mengalami masalah untuk mendapatkan cahaya mata.

Tapi, dengan segala alasan di atas, tak salah untuk kita cuba elakkan beberapa perkara ini buat sementara waktu, bukan?

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×