Terapi

Bila Stres Melanda, Ini 7 Perkara Yang Isteri Perlukan Dari Suami

360
SHARES

“Kejap lagilah kita main ya, Mama nak masak ni. Kejap lagi Ayah balik, rumah pun belum kemas. Aduh baru teringat, baju tadi tak jemur lagi!”

Menurut pakar psikologi di Universiti Harvard, kebiasaannya mood seorang wanita akan berubah apabila mempunyai anak. Malah, dalam satu survey yang dilakukan, kebanyakan ibu tidak menyenaraikan ‘menjaga anak’ sebagai salah satu aktiviti harian yang paling mereka suka. Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna seorang ibu tidak sayangkan anak-anaknya. Sebaliknya, seorang ibu akan selalu mendahulukan anak-anak dalam apa jua keadaan – sehingga mereka mengorbankan kegembiraan diri sendiri tanpa disedari.

Bagi suami, jangan diamkan diri apabila melihat tanda-tanda stres pada isteri seperti keletihan yang melampau, jadi pelupa, cuai, mudah melenting, dan kurang ‘alert’ berbanding biasa.

7 Perkara Yang Isteri Perlukan Dari Suami Ketika Stres

1. Rehat Secukupnya

Kita sedia maklum bahawa kebanyakan ibu tidak lagi dapat tidur senyenyak dan sepanjang dahulu selepas kelahiran bayi. Setiap 2 jam perlu menyusukan bayi, periksa lampin, dan ada masanya bayi tak mahu melelapkan mata. Maka, cubalah beri extra 1-2 jam dalam 1 minggu untuk mengatasi kekurangan tersebut. Ia akan membawa perubahan besar kepada dirinya. Dengan tidur yang cukup, barulah isteri berasa lebih sihat, aktif, dan gembira apabila berada di samping anak-anak serta suami.

Tahukah anda, kajian membuktikan bahawa extra 1 jam yang diperuntukkan untuk tidur amat besar impaknya terhadap minda dan emosi seseorang; di mana ia akan menjadikan seseorang lebih gembira berbanding wang overtime sebanyak $60,000 setahun!

kelebihan ibu

Foto Kredit: magicmum.com

2. Bantu Kerja Rumah

Setiap kali ‘celik mata’, pada saat itulah tugas seorang ibu akan bermula. Kerja rumah memang sentiasa ada. Tapi kalau terlalu diikutkan, semua kerja ini tak akan pernah habis. Oleh itu, ibu-ibu perlu realistik dalam menetapkan matlamat yang ingin dicapai dalam sehari.

Bagi suami pula, bantulah isteri anda setidak-tidaknya dalam menguruskan diri sendiri. Contohnya, tak salah pun kalau anda menyiapkan baju kerja sendiri, menyediakan makan malam, atau mengemas katil. Sedikit sebanyak, dapat mengurangkan beban isteri. Tak kiralah isteri anda bekerjaya ataupun seorang surirumah, mereka pun tentu penat dan amat menghargai penglibatan anda dalam kerja-kerja rumah.

Foto Kredit: parenting.com

3. Rendahkan Expectation

Ada masanya isteri tak sempat kemas sebelum suami balik kerja, kadang-kadang tak dapat masak makan malam sebab tak ada idea, dan ada kalanya isteri nampak tak terurus dek kerana anak yang seharian meragam. Perkara ini memang akan berlaku dan ia tidak sama sekali menjadikan isteri anda seorang ibu yang ‘teruk’.

Dalam hal ini, suami perlu memberi sokongan dan meyakinkan isteri bahawa mereka telah mencuba yang terbaik. Mereka adalah ibu yang telah melahirkan anak-anak anda. Mereka telah mendedikasikan hidup mereka untuk anda. Jadi, tak perlu letakkan expectation yang terlalu tinggi dan sebaliknya cubalah melengkapi kekurangan masing-masing. Menurut psikologis, persefahaman ini akan membantu sesebuah pasangan untuk menjadi lebih gembira setiap hari.

kesan stres

Foto Kredit: vix.com

4. Bermain Dengan Anak

Tiada apa yang lebih macho dan maskulin daripada melihat seorang bapa yang melayan karenah anak-anaknya sepenuh hati. Hati isteri akan rasa riang dan berbunga hanya apabila suami merenunglah wajah bayi, bercakap dengan anak, memujuk, bermain atau melukis bersama mereka.

Sungguhpun perbuatan ini nampak remeh, tetapi ia amat besar maknanya bagi isteri yang dah seharian melayan anak-anak. Jangan tunggu isteri minta tolong, barulah nak luangkan masa dengan anak-anak!

Happy father hugging sons

5. Berbual Dengan Pasangan

Bagi kebanyakan ibu, mereka sudah kurang bersosial dan tidak banyak meluangkan masa bersama kawan-kawan sebaik melangkah ke alam perkahwinan, apatah lagi selepas mempunyai anak. Pendek kata, hanya suami yang mereka ada sekarang. Menurut pakar, hubungan dan komunikasi dengan orang tersayang amat kritikal dalam tempoh 3 tahun pertama kelahiran bayi. Mungkin anda tidak menyedarinya, tetapi ‘kesunyian’ ini akan memberi kesan terhadap hubungan anda berdua dan seterusnya boleh dilempiaskan kepada anak-anak.

Kalau sebelum berkahwin anda selalu berbual soal perasaan dan bergurau dengan isteri, kini semua perbualan seolah-olah digantikan dengan senarai membeli barang, perihal anak, dan kerja-kerja rumah. Maka, cubalah luangkan walau sekadar 10 minit sebelum tidur untuk berbual dengan isteri dari hati ke hati. Kalau tak sempat, hantarlah mesej atau call.

peranan suami ketika isteri menyusu

Foto Kredit: parenting.com

6. Pelukan

Secara saintifiknya, emosi negatif boleh digambarkan seperti penggera kereta yang sangat reaktif. Pada ketika ini, otak kita akan kehilangan upaya untuk berfikir secara logik dan menterjemahkan setiap perkara kecil sebagai ancaman. Oleh sebab itulah, bila kita tengah stres, LEGO anak yang bersepah pun akan menjadi hal yang besar.

Salah satu cara untuk mengembalikan keupayaan otak agar dapat berfikir dan bertindak rasional adalah dengan pelukan. Pelukan selama 6 saat dapat membantu meredakan stres dengan merembeskan hormon oksitoksin dan serotonin yang menaikkan semangat dan mood manusia. Jadi, kalau mahu isteri lebih ceria, suami kenalah selalu memeluknya. Tak kisahlah masa nak pergi kerja atau bila-bila saja. Barulah hubungan lebih romantik!

bosan dengan pasangan

Kalau dulu-dulu, ada saja ‘surprise’ romantik. Sekarang? / Foto Kredit: petrotimes.vn

7. Pengisian Spiritual

Mengungkapkan kesyukuran merupakan salah satu cara yang paling baik untuk berasa gembira. Cara yang paling mudah melakukannya adalah sewaktu berdoa. Ajak isteri solat berjemaah, dan sebutkan perkara-perkara baik yang berlaku hari ini di dalam doa yang dibacakan. Tanpa anda sedari, hari anda mungkin jauh lebih baik daripada apa yang anda sangkakan.

Selain itu, boleh juga usahakan menulisnya bersama pasangan dalam jurnal seperti saranan pakar. Senaraikan 3 perkara terbaik yang berlaku setiap hari. Menurut kajian, dalam tempoh 2 minggu saja ia akan menunjukkan perubahan positif terhadap mood seseorang!

Emosi terganggu

Foto Kredit: haberform.com

Bila Ibu Happy, Satu Keluarga Ceria

Tentulah ada masanya anda dan isteri akan berasa kecewa, stres, penat, marah, dan sedih dari semasa ke semasa. Inilah lumrah dalam perkahwinan. Apapun, percayalah bahawa sesuatu masalah akan terasa lebih ringan apabila dikongsi bersama.

Ingat, bila ibu happy, satu keluarga tentu akan jadi lebih ceria!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×