Asuh

Anak Tantrum Sampai Guling-Guling Sebenarnya Cara Untuk Komunikasi, Ibu Ayah Jangan Marah!

1
SHARES

“Macam mana nak displinkan anak lelaki umur 1 tahun suka tantrum?”

Memang pening kepala dibuatnya bila anak tantrum di tempat awam kerana takut akan menganggu orang sekeliling. Tak mudah sebenarnya nak uruskan si anak yang sedang mengamuk kerana mereka belum tahu berkomunikasi.

Menurut perkongsian saudari Aishah di laman Twitter, tantrum merupakan salah satu cara anak berusia satu tahun berkomunikasi dan ibu bapa perlu tahu beberapa keperluan emosi yang si anak mahukan.

Baca juga: Jangan Leka! Kartun Peppa Pig Pun Dah Ada Adegan ‘Kissing’, Elak Bagi Anak Tengok

ANAK TANTRUM SEBENARNYA CARA UNTUK KOMUNIKASI, IBU AYAH JANGAN MARAH

Soalan macam ni pun banyak yang saya dapat di Instagram.

First parents kena faham anak show tantrum adalah normal dan ia sebahagian daripada perkembangan anak anak. Sebelum kita marah kenapa anak tantrum, kita check balik punca kenapa dia tantrum.

Anak 1 tahun masih belum pandai untuk komunikasi, shows tantrum adalah salah satu cara untuk anak komunikasi. Dan mesti ada emotional needs anak yang kita masih tak penuhi lagi.

APA YANG ADA DALAM EMOTIONAL NEEDS?

1. MASA

Berapa banyak masa yang kita dah spend untuk anak anak tanpa gadget dan TV?Apa yang ada dalam Emotional Needs?

2. SENTUHAN

Berapa kali dalam sehari kita dah peluk dan cium anak, sambil cakap “I Love You”?

3. LAYANAN

Pernah tak kita layan anak bila dia ajak kita bermain dengan dia? Macam mana kita respon?

“Ish ibu ayah ada kerja ni” 

“Adoi kacau lah adik ni”

Pernah check?

4. PUJIAN

Sedangkan kita yang dewasa pun dahagakan pujian, apatah lagi anak kecil yang baru umur 1 tahun. Bila last kita raikan percapaian anak dan berikan pujian?

5. HADIAH

Hadiah yang paling berharga untuk anak anak adalah kehadiran ibu ayah tu sendiri dalam dunia mereka. Ibu ayah, nak anak dgr cakap tak perlu nak disiplinkan anak, marah anak, hukum anak.

Memang akan membantu, tapi percayalah akan effect mental & emosi in long term. Belajar untuk reflect semula diri sendiri. Anak tak akan buat perangai tanpa sebab, belajar cari punca dari akarnya dulu.

Sumber: Twitter Aishahshm_

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×