Asuh

Jangan Leka! Kartun Peppa Pig Pun Dah Ada Adegan ‘Kissing’, Elak Bagi Anak Tengok

18
SHARES

Kanak-kanak sekarang memang sudah didedahkan dengan penggunaan telefon bimbit kerana ia salah satu cara untuk memudahkan pergerakan ibu bapa. Hal ini terbukti berkesan kerana si anak akan leka bermain telefon namun ia bukanlah ‘tiket’ untuk ibu bapa biarkan tanpa pengawasan.

Ini kerana menurut hantaran di laman Facebook milik Mohd Fhais Salim, beliau sangat terkejut dengan adegan tidak masuk akal daripada babak kartun popular iaitu Peppa Pig di mana memaparkan adegan bercium. Bahaya kalau dibiarkan!

Baca juga: “Tak Lekang Perkataan Lucah…”- Lelaki Terkejut Tengok Kanak-Kanak Tonton Movie Lucah Di Surau

KARTUN PEPPA PIG PUN DAH ADA ADEGAN KISSING, ELAK BAGI ANAK TENGOK

Menerusi luahan hati seorang bapa di media sosial, dia terkejut, geram dan sedih apabila YouTube Kids sudah mula memaparkan adegan tidak elok dan tidak bersesuaian dengan anak kecil. Ini kerana hasil carian yang dilakukan mendapati kartun popular Peppa Pig ada memaparkan adegan cium.

Ini gambar hasil carian “kissing” di youtube kids untuk akaun aisy rizqi yang 4 tahun tau! Aduhai.. kartun popular macam peppa pig pun ada adegan cium cium. 

Tambahnya lagi, pendedahan terlalu awal ini menjadi punca kanak-kanak sudah mula tahu perkataan yang tidak bersesuaian dengan umur mereka iaitu crush, boyfriend dan sebagainya.

Patut la anak-anak sekarang dah pandai sebut crush, girlfriend, boyfriend bagai. Sebab pengaruh youtube ni sangat membimbangkan.. 

Terus terang saya katakan, kita tak boleh percaya pada “open platform” yang tak di tapis & tak di pantau konten di dalamnya. Bahaya!! Lebih-lebih lagi, platform yang terang terang pengasasnya bukan orang islam. 

GUNA APLIKASI LEBIH ISLAMIK & KONTEN YANG DITAPIS

Bagi mengelakkan perkara tidak elok terus berleluasa, ibu bapa disarankan untuk memberi anak-anak aplikasi lebih islamik dan mempunyai konten yang bermanfaat iaitu Durioo+.

Saya nasihat pada ibu ayah semua jika nak beri juga, sebaiknya beralih la kepada platform yang lebih islamik & di tapis kontennya. Sebagai contoh aplikasi Durioo+ yang saya sendiri dah guna sebulan lebih. 

Alhamdulillah, semua konten mereka di tapis & sepenuhnya islamik. Konten pun best best. Anak suka tengok. Platform ni berbayar hanya 35sen sehari, tapi saya gerenti kita rasa lebih lega bagi anak tengok sebab tak ada konten mengarut ngarut. 

Jika kita tak jaga makanan minda anak-anak kita dari sekarang, usah pelik la mereka bole terjebak dengan gejala sosial, pornografi & seks bebas kemudian hari. Nauzubillah min zalik. Sebaik-baik pelindung ialah Allah swt. Kita hanya mampu ikhtiar.

Sumber: Facebook Mohd Fhais Salim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×