Kehidupan memang peenuh dengan pancaroba. Ada suka dan ada juga duka. Itulah lumrah kehidupan yang perlu kita hadapi. Sudah nama pun manusia, mestilah pelbagai ujian dan cabaran kehidupan yang perlu kita hadapi untuk terus membesar dan jadi matang.
Prof Muhaya baru ini ada berkongsi cara nak hilangkan rasa down itu menerusi laman TikToknya. Moga dengan tips yang diberikan olehnya mampu memberi manfaat kepada pembaca semua.
Baca juga: 2 Ciri Bakal Pasangan Yang Patut Anda Jauhi, Kena ‘Check’ Sekarang!
CARA NAK HILANG RASA DOWN MENURUT PROF MUHAYA
Kadang dalam hidup ni kau memang rasa down. Lemah. Tak bermaya. Rasa tak nak jumpa orang. Rasa macam nak nangis tak tentu pasal. Nak marah tak tentu hala. Kau rasa dunia ni macam bukan tempat kau. Rasa tersingkir. Pedih. Dan 1001 macam perasaan lagi
Itulah perasaan yang sering kita rasa apabila kita tidak mempunyai motivasi dalam diri. Oleh itu macam mana pula nak mengatasi perasaan yang sedang kita rasa ini? Prof Muhaya ada kongsi cara-caranya.
1. Kita sedar yang kita tengah rasa down.
Tips yang pertama adalah dengan mengenalpasti emosi yang kita hadapi. Ramai sahaja yang suka mengelakkan emosi yang tidak senang ini dengan harapan ianya akan hilang. Mana boleh macam itu, kita mestilah berdepan dengan perasaan ini supaya dapat diselesaikan dan cari jalan keluarnya.
2. Kita anggap segala emosi itu macam kawan kita
Prof Muhaya juga menyarankan supaya kita buat emosi yang kita rasa pada waktu sebagai rakan. Tanya dari manakah ianya datang. Adakah daripada orang ataupun daripada diri sendiri?
Kalau daripada orang, berdoalah kepada Allah supaya untuk cabutkan rasa susah hati itu. Kalau daripada diri sendiri tanpa sebab, baca “A’uzubillahi minas Syaitonir Rajim” sebab syaitan paling suka emosi yang putus asa pada diri sendiri dan orang keliling kita.
Itulah merupakan perkongsian dari Prof Muhaya. Salah satu cara lain untuk tenangkan diri bila fikiran kita penuh, serabut adalah dengan keluar berjalan, walaupun sekitar rumah. Sangat penting sebenarnya dapat udara segar. Bila berjalan sendiri, kita ada masa untuk analisis balik apa yang buat fikiran kita serabut, cuba cari jalan penyelesaian.
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda!
Video penuh:
@profmuhaya Macam mana nak hilangkan rasa DOWN? #profmuhaya #fyp
♬ original sound – Prof Muhaya Official – Prof Muhaya Official
Sumber: TikTok @profmuhaya