Perkongsian terbaharu di Instagram milik Prof Muhaya sekali lagi menyentuh hati ramai apabila beliau memperkenalkan Program Magical Marriage yang dianjurkan bagi membantu pasangan suami isteri memperbaiki dan memperkukuh hubungan mereka.
Program ini menekankan bahawa setiap modul, latihan dan air mata dalam perjalanan sebuah rumah tangga sebenarnya merupakan cara Allah mendidik pasangan untuk mencintai dengan lebih matang.
PROGRAM PROF MUHAYA JADI RUANG ‘RESET’ UNTUK SUAMI ISTERI

Kredit imej: Instagram Prof Muhaya
Melalui pendekatan ini, peserta diberi ruang untuk menilai semula hubungan, meluahkan perasaan yang selama ini terpendam, dan belajar berkomunikasi dengan lebih berkesan.
Setiap sesi dirancang bukan sekadar memberi ilmu, tetapi juga untuk menyentuh hati, memperkukuh rasa hormat dan memulihkan kasih sayang antara suami dan isteri dengan cara yang lebih matang.
“Dalam setiap modul, setiap latihan, setiap air mata… Allah sedang mengajar kita cara mencintai dengan lebih matang. Terima kasih hadir, semoga setiap ilmu ini menjadi sumber sakinah dalam rumah tangga. Next Magical Marriage adalah ruang untuk belajar semua itu,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Kredit imej: Instagram Prof Muhaya
Ada kalanya hubungan suami isteri semakin hambar dan menjauh, bukan kerana cinta telah pudar, tetapi pasangan tanpa sedar terlupa untuk berehat, kurang berkomunikasi, serta jarang memberi perhatian kepada keperluan emosi satu sama lain.
Dalam hal ini, Program Magical Marriage berfungsi sebagai sebuah ruang ‘reset’ untuk ramai pasangan. Ia menjadi tempat untuk memperlahankan langkah, menilai kembali perjalanan rumah tangga, serta mendengar semula suara dan isi hati pasangan yang mungkin telah lama tidak diberi perhatian.
Melalui program ini, suami dan isteri didorong untuk membuka hati dalam semua hal, memulihkan semula rasa hormat dan menghidupkan kembali kasih sayang dengan lebih matang.
Hakikatnya, apa yang diperlukan dalam sesebuah perkahwinan bukan sekadar hadiah bernilai atau percutian yang mewah. Lebih utama, rumah tangga memerlukan ruang untuk memahami antara satu sama lain, dengan hati yang lebih lembut serta jiwa yang lebih sabar.
Baca juga: Wahai Suami… Jangan Abaikan 3 Perasaan Isteri Ketika Berpantang, Rumah Tangga Boleh ‘Retak’
Sumber: Instagram Prof Muhaya Official
Kredit imej: Instagram Prof Muhaya Official
