Suami Isteri

2 Ciri Bakal Pasangan Yang Patut Anda Jauhi, Kena ‘Check’ Sekarang!

37
SHARES
ciri-ciri pasangan yang patut anda jauhi

Tidak dapat dinafikan kita ingin pasangan hidup yang baik dalam kehidupan. Namun, perkahwinan merupakan satu perjudian. Jika bernasib baik, kita akan bahagia dalam hidup, namun jika tidak, meranalah kita dalam perkahwinan tersebut.

Mana tidaknya, hari demi hari ada sahaja kes penceraian yang berlaku. Oleh yang demikian, perkongsian ciri-ciri pasangan yang harus kita jauhi juga ada dikongsi oleh Prof. Muhaya menerusi laman Facebooknya.

Baca juga: Hukum Kahwin Dengan Sepupu Sendiri, Boleh Atau Tidak? Ini Penjelasan Mufti

2 CIRI BAKAL PASANGAN YANG PATUT ANDA JAUHI

Mencari pasangan hidup sememangnya tidak senang. Namun, walaupun susah, janganlah pula kita lowerkan standard kita semata-mata untuk mendapatkan pasangan hidup. Setiap manusia mempunyai perangai yang berbeza. Oleh yang demikian, banyak benda yang perlu dipertimbang supaya kita tidak menyesal kelak.

Antara 2 ciri-ciri bakal pasangan yang patut anda jauhi adalah seperti berikut:

1. Apabila pasangan anda cuba untuk mengubah anda.

Suami Isteri Mana Tak Pernah Bergaduh, Semua Tu Lumrah. Barulah Rasa Complete!

Jika pasangan anda cuba untuk mengubah anda, sebaiknya tinggal sahaja. Contohnya, jika anda suka ketawa kuat dan pasangan anda cuba untuk mengubah anda supaya ketawa dengan lebih perlahan. Pasangan anda sepatutnya boleh menerima anda seadanya.

Kalau benda buruk, pasangan anda barulah boleh menegur untuk ubah lebih baik. Jika ianya tidak memudaratkan, pasangan anda seharusnya okay sahaja dengan perangai anda.

2. Pasangan anda tidak mahu berkomunikasi dengan anda.

3 Perkara yang Harus Suami Elak Jika Sedang Bergaduh Dengan Isteri - Rahsia Rumahtangga

Komunikasi adalah salah satu kunci dalam menjalinkan setiap hubungan. Komunikasi juga perlu dijaga agar mendapatkan komunikasi yang sihat dengan pasangan dan diperlukan untuk menjaga hubungan tetap sihat.

Jika ingin hubungan anda berjalan dengan baik, yang perlu dilakukan adalah melakukan komunikasi dengan pasangan. Jangan biarkan salah faham merosakkan hubungan anda. Jika ada sesuatu yang perlu dijelaskan dan dipertanyakan, jadi berbincanglah semua masalah dengan pasangan. Kejujuran juga dapat memperkuat hubungan anda.

Cukup jelas yang 2 ciri ini merupakan asas kepada hubungan yang teguh. Oleh yang demikian, jika asas dalam hubungan pun tiada, pandai-pandailah fikir ya semua!

Video penuh:

Sumber: Facebook Prof. Muhaya

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×