40 Minggu

Pra Matang Punca Utama Kematian Bayi Di Malaysia

101
SHARES

Setiap wanita yang mengandung pasti mengharapkan kandungannya tidak menghadapi banyak masalah. Tapi, kelahiran tak semestinya berlaku seperti yang dijangkakan kerana kesihatan bayi dalam kandungan juga penting untuk pastikan keselamatan ibu serta bayi itu sendiri. Begitulah dengan kelahiran bayi pra matang yang dilahirkan sebelum mencecah minggu ke 37.

KELAHIRAN PRA MATANG

Di Malaysia, 12.3% kelahiran merupakan kelahiran pra matang iaitu kelahiran sebelum 37 minggu. Bukan mudah ya untuk ibu bapa menghadapi dugaan yang tidak dijangka ini. Bayi pra matang kebiasaannya akan dipantau di unit NICU (neo-natal intensive care unit). Dalam unit ini, bayi akan diberikan pemantauan penuh supaya mereka dapat membesar dengan sihat dan kuat. Ada yang perlu tinggal selama beberapa bulan (bergantung kepada berat badan dan keadaan kesihatan bayi.

PENYEBAB UTAMA KEMATIAN BAGI KANAK-KANAK BAWAH 5 TAHUN

Bagi si kecil, lahir sahaja ke dunia sudah cukup mencabar. Akibat organ tubuh yang belum matang sepenuhnya, bayi terdedah dengan pelbagai komplikasi. Komplikasi bayi pra matang pula antara penyebab utama kematian bagi kanak-kanak yang berusia di bawah umur 5 tahun. 17 November lalu merupakan hari khas untuk memperingati bayi yang dilahirkan pra matang. Untuk masyarakat dan keluarga, beri sokongan moral dan emosi kepada ibu bapa, jangan biarkan mereka stress berterusan.

FAKTOR MENINGKATKAN RISIKO MELAHIRKAN BAYI PRA MATANG

1) Sejarah kandungan pra matang yang lalu

2) Mengandung kembar

3) Pernah menjalani pembedahan bahagian serviks

4) Struktur rahim yang tidak normal

5) Pendarahan rahim semasa mengandung

 

6) Penyalah gunaan dadah (heroin, ecstasy)

7) Menghisap rokok

8) Jangkitan kuman di pundi air kencing, rahim dan faraj

9) Berat badan yang terlalu ringan atau berat badan tidak meningkat semasa mengandung.

10)Air ketuban yang terlalu banyak (polyhydraminous)

11) Kurang darah merah (anemia) yang ketara semasa mengandung

12) Mengandung terlalu kerap

13) Mengandung pada usia remaja.

14) Stres (fizikal dan psikologi) semasa mengandung

Salah satu cara untuk mencegah kelahiran bayi pra matang adalah dengan pengambilan nutrisi yang secukupnya kerana para ibu akan berkongsi pengambilan nutrisi bersama anak di dalam kandungan.

Sumber: Public Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×