Kini Trending

Polis Tunaikan Permintaan Nenek Usia 100 Tahun Mahu Diberkas Polis

13
SHARES

Bagi memenuhi hasrat seorang nenek berusia 100 tahun, polis Australia bertindak ‘menahan’ warga emas itu pada majlis sambutan hari lahirnya. Nenek bernama Jean Bickenton yang merupakan seorang bekas jururawat tentera, difahamkan mempunyai hasrat yang belum ditunaikan selama ini iaitu mahu diberkas polis.

Baca juga: Akibat Tidur Dalam Kelas, Guru Siram Air Ke Kepala Pelajar

POLIS TUNAIKAN PERMINTAAN NENEK USIA 100 TAHUN MAHU DIBERKAS POLIS

Menerusi laporan laman berita LadBible, wanita berkenaan diberkas oleh sepasukan polis ketika menyambut hari lahirnya di pusat jagaan Narracan Gardens Residential Aged Care.

Jelas wanita itu, sepanjang hidupnya, dia tidak pernah mabuk, kehilangan lesen memandu, ditahan atau melanggar undang-undang yang telah ditetapkan.

“Saya terkejut apabila anggota polis tersebut bertindak dengan lemah-lembut. Namun, mereka agak besar untuk saya,”  jelasnya.

Pihak polis memberitahu penghuni lain bahawa itu merupakan satu rancangan dan berharap tiada sebarang masalah akan timbul sehingga menganggu rancangan mereka.

“Menurut Bickenton, ia merupakan satu daripada sambutan ulang tahun kelahirannya yang terhebat. Kami rasa berbangga kerana dapat membantu menjadikan impiannya satu kenyataan,” ujarnya.

Sumber: LadBible

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×