Kewangan

PKP3.0: Ini 8 Saranan Johari Ghani Buat Kerajaan Berdepan Pandemik

25
SHARES

Saban hari kita dikejutkan dengan peningkatan kes jangkitan Covid-19 dalam negara yang makin membimbangkan. Walaupun telah berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 secara ‘total lockdown’, kadar penurunan kes masih lagi samar. Perkara ini juga memberi impak yang tinggi kepada rakyat khususnya golongan B40 dan M40 yang secara majoriti berdepan dengan masalah kewangan.

Oleh itu, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, bekas Menteri Kewangan Kedua, menyenaraikan beberapa cadangan dan strategi yang boleh diambil kira oleh pihak kerajaan bagi membendung masalah ini disamping ‘melawan’ Covid-19.

8 STRATEGI MEMPERKUATKAN EKONOMI KETIKA PANDEMIK

1.Bantuan pemerintah kepada rakyat tidak boleh hanya berdasarkan pada tahap pendapatan, kerana ini dapat menyebabkan banyak orang mengalami tekanan terutama sekali bagi mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap..

2.Pihak kerajaan juga mesti membuat strategi terperinci untuk memastikan keperluan yang paling penting dijaga.

3.Memerlukan semua ADUN dan Ahli Parlimen untuk turun padang dan mengenal pasti keluarga dan individu yang tidak mampu membeli makanan dan kemudahan asas untuk keluarga mereka.

4. Bukan itu sahaja, oleh kerana negara kita berdepan dengan keputusan ‘lockdown’ yang berulangan, beliau mencadangkan pihak kerajaan untuk menyenaraikan secara terperinci sektor manakah yang lebih penting. Hal ini berikutan, langkah pengurangan majikan kepada pekerja dalam pelbagai sektor dan akan memberi kesan kepada pengambilan pekerja pada masa hadapan yang menjurus kepada kadar pengangguran yang tinggi.

5. Oleh kerana banyak kluster jangkitan berpunca dari tenpat kerja, kerajaan juga boleh melakukan ‘mass-testing’ di dalam sektor pekerjaan tidak kira sama ada warganegara atau tidak.Ini memastikan bahawa jangkitan di tempat kerja dapat dikurangkan.

6.Tambahan lain adalah berkenaan isu vaksin yang dikatakan akan lebih 80% rakyat akan dicucuk vaksin menjelang akhir tahun. Memandangkan kadar vaksinasi dilihat agak perlahan, beliau juga menyeru pihak kerajaan mempercepatkan proses vaksinasi supaya kita mencapai target ‘herd immunity’ dan dapat melandaikan kes jangkitan.

7.Menyampaikan secara telus mengenai info vaksin adalah penting bagi meraih kepercayaan dalam kalangan rakyat. Ini juga termasuk, penyampaian maklumat mengenai berapa kadar suntikan yang telah selesai setiap hari supaya rakyat dapa melihat progress.

covid-19.moh.gov.my

8. Terakhir sekali adalah, segala SOP yang telah ditetapkan diharapkan dapat diaplikasi secara sama rata dan tiada ‘double standard’ dalam kalangan rakyat. Ini bagi menjamin kesejahteraan dan keharmonian mentaliti masyarakat dimana semua dilayan secara sama rata.

*Semoga yang terbaik buat negara kita, Malaysia! #kitajagakita

Sumber: Free Malaysia Today

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×