Inspirasi

Ibu Ini Kongsi 11 Rahsia Didik Anak Sukses Dalam Akademik & Hafazan Quran

1.3K
reads
petua mendidik anak

Sebagai ibu bapa, tentu kita mahu melihat anak berjaya. Bila melihat anak-anak yang cemerlang, kita bukan sekadar mahu tahu rahsianya belajar dan berusaha, tetapi juga cara didikan ibu bapanya yang banyak membentuk peribadi mereka sejak kecil.

Alhamdulillah, kali ini kami berpeluang menyiarkan kisah Puan Dahliana Mohd Dagang, iaitu ibu kepada pelajar terbaik SPM 2016 negeri Terengganu, Husna Mardhiyyah. Mari kita ikuti perkongsian beliau selengkapnya di bawah ini.

11 Rahsia Didik Anak Sukses Dalam Akademik & Hafazan Quran

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Selepas anakanda Husna Mardhiyyah diumumkan sebagai pelajar SPM 2016 terbaik negeri Terengganu (Alhamdulillah thumma Alhamdulillah) dan videonya tular di media sosial, agak ramai juga para netizen yang request friend dengan saya walaupun saya hanyalah ibu, bukan tuan empunya diri.

Sebahagiannya dengan permintaan agar saya share bagaimana cara atau petua mendidik Husna hingga berjaya akademik dan hafazannya. Menyedari diri al faqir yang penuh dengan pelbagai kelemahan ini, terasa amat segan untuk berkongsi apa-apa. Tapi teringat kata-kata ummi angkat Husna, Ustazah Muzayyanah Abdullah, “kongsikan apa-apa yang baik, kerana ia adalah sumbangan kita untuk ummah”.

Justeru, di sini saya buang rasa segan untuk berkongsi sesuatu yang saya harap akan memberi manfaat kepada sahabat-sahabat. Sebenarnya tak ada rahsia pun. Saya didik Husna dan anak-anak lain sama saja macam sahabat-sahabat lain. Namun, apa yang saya tulis ini adalah untuk memperingatkan diri / revision untuk kebaikan bersama, in shaa Allah.

1. Pasang Niat Awal-awal

Sebelum kahwin lagi, penting kita niatkan nak bina baitul muslim, baitul mu’min & baitul da’wah lillahi taala. Nak lahirkn generasi soleh dan solehah yang boleh menyampaikan Islam kepada yang lain. Sebolehnya pilih pasangan yang kita rasakan boleh saling lengkap melengkapi ke arah itu.

2. Amalan Ketika Hamil & Selepas Melahirkan

Dari awal kehamilan, sentiasa amalkan membaca 3 surah iaitu Surah Maryam, Luqman & Yusuf.

Sentiasa berzikir dan baca Al Quran kepada anak-anak dari sejak lahir lagi. Kalau tak sempat, pasanglah tape mengaji. Kurangkan lagu-lagu dan hiburan yang lagha.

3. Didik Anak Dengan Cara Hidup Islam Sejak Kecil

Kalau nak beli CD atau apa saja hadiah untuk anak-anak, pastikan ada elemen ilmu. Begitu juga dengan permainan, pastikan boleh mmbina/menguji minda. Tanamkan minat membaca dengan membeli bahan-bahan bacaan Islamik.

Dari kecil, didik anak untuk menjadikan Islam sebagai cara hidup. Ajar doa-doa harian dan segala amalan-amalan wajib dan sunat. Hantar anak-anak ke program pemantapan rohani; contohnya kem hafazan pada masa cuti. Penuhi masa lapang anak-anak dengan program-program ilmu.

Antara pencapaian dan anugerah yang diperolehi oleh Husna Mardhiyyah

4. Jaga Pemakanan

Pemakanan juga amat penting. Elakkan dari makanan syubhah.

Periksa betul-betul bahan-bahan dengan teliti sebelum membeli makanan untuk keluarga.

5. Cuba Lengkapi Anak Dengan Ilmu Agama

Jika ada kemampuan, hantar anak-anak ke sekolah agama. Kami ibu bapa Husna tak mampu nak melengkapkan diri anak-anak dengan ilmu agama yang mendalam kerana kami bukan dari aliran agama.

Saya bekas pelajar MRSM Kuala Terengganu; graduan TESL ITM/UKM manakala abi Husna bekas pelajar MRSM Kulim & lulusan Professional Accounting dari UK.

Justeru, Husna dan adik-beradik kami hantar bersekolah rendah di Sekolah Rendah Al Islah; sebuah sekolah agama swasta yang menggunakan kurikulum MUSLEH, yang menekankan keseimbangan dari segi akademik, akhlak dan pemantapan rohani. Memang agak perit dari segi monthly expenses tapi itulah namanya pengorbanan. Semoga menjadi saham akhirat untuk kami.

Puan Dahliana bersama suami dan anak-anak

6. Hadiri Majlis Ilmu Bersama Anak-anak

Selalu bawa anak-anak ke majlis-majlis ilmu dari kecil lagi. Untuk tidak mengganggu majlis, kita duduk di belakang atau di luar, supaya gelagat atau kerenah anak-anak kita tidak menjadi distraction kepada orang lain.

Walaupun kita tidak dapat 100% ilmu yang disampaikan kerana terpaksa melayan anak-anak, ini adalah usaha untuk mndapat keberkatan orang-orang alim dengan mghadiri majlis ilmu yang diibaratkan sebagai taman-taman syurga.

7. Menjaga Hubungan

Kunci kejayaan anakanda Husna ialah menjaga hubungan dengan Allah dan manusia. Husna selalu mohon maaf dan doa restu ibubapa. Dia amat yakin bahawa doa ibu tiada hijabnya.
Kadang-kadang sampai entah berapa kali minta maaf dan doa dalam sekali call.

Selalu pesan pada anak-anak untuk jadi orang berguna, bukan hanya pada diri dan keluarga tapi juga kepada ummah.

Saya selalu pesan supaya Husna tolong kawan, walaupn dia sendiri kadang-kadang tak sempat study (dia banyak terlibat dengan aktviti luar) Bila kawan datang minta tolong ajarkan, jangan hampakan. Sentiasa tolong orang, in shaa Allah, Allah akan bantu kita.

Kejayaan adik Husna dalam sebuah keratan akhbar tempatan

8. Sentiasa Menghormati Guru

Kita perlu sentiasa mengingatkan anak-anak tentang perlunya menghormati guru kerana di situlah letaknya keberkatan ilmu. Kita mesti beradab dalam menuntut ilmu kerana hanya dengan menjaga adab, ilmu akan mudah melekat di hati dan membawa kepada kebaikan. Ilmu yang berkat akan mudah difahami, dihayati dan diamalkan.

9. Mendoakan Anak-anak

Sentiasa doakan anak-anak dalam sujud terakhir solat. Saya amalkan doa yang Ustaz Kazim Alias share iaitu ayat 82 dalam Surah Yasin;

اِنَّمَاۤ اَمۡرُهٗۤ اِذَاۤ اَرَادَ شَیْـئًـا اَنۡ يَّقُوۡلَ لَهٗ كُنۡ فَيَكُوۡنُ

Innamaa amruhuu izaa araa dasyai an, an ya quululahu kun….(masa ni kita doalah apa nak doa dalam hati )…. fayakun. Doa ini juga boleh diamalkan di waktu-waktu lain, bukan hanya dalam sujud terakhir.

10. Tunjukkan Contoh Terbaik Kepada Anak

Dalam mendidik anak, kita perlu jadi role model. Contoh kalau nak anak yang solat di awal waktu, kita sendiri kena istiqamah.

Kita nak anak yang positif dan mengamalkan segala sifat-sifat mahmudah, kita sendiri kena terlebih dulu mengamalkannya.

11. Ikhlaskan Semua Usaha Sebagai Ibadah

Sentiasa niatkan segala apa yang kita lakukan sebagai ibadah, ikhlas kerana Allah. Makan pun ibadah jika niatnya untuk menguatkan diri bagi meningkatkan ibadah dan kita tidak makan makanan yang haram. Apatah lagi usaha untk mendidik dan membesarkan anak untuk melahirkan generasi yang berguna kepada ummah.

Juga, dalam melakukan setiap kebaikan, jangan lupa niatkan untuk mengikut sunnah Rasulullah (saw) yang kita kasihi. Di samping beroleh manfaat dari kebaikan yang kita lakukan, kita juga, in shaa Allah, akan beroleh pahala berganda kerana mngikut sunnah yang sememangnya satu amal soleh yang disukai Allah.

Husna Mardhiyyah yang diundang untuk slot Perkongsian Pengalaman & Motivasi Bersama Pelajar Cemerlang SPM Tahun 2017 di Program Motivasi & Dialog Kecemerlangan SPM 2017 Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu.

Semoga Bermanfaat, Wallahu a’lam

Sesungguhnya saya masih terlalu amat banyak kelemahan. Cuma share sedikit yang saya tahu. Mana yang dirasakan baik boleh diamalkan. Yang kurang saya mohon berbanyak kemaafan.

Semoga kita sentiasa mendapat redha Allah di dunia & akhirat.

 

*Penulisan asal oleh Puan Dahliana Mohd Dagang ini pertama kalinya dikongsikan oleh beliau melalui Facebook peribadinya. Ia diterbitkan semula dengan kebenaran.

Yang Popular

To Top