Didik

Ayah Ini Kongsi Tips Didik Anak Hafaz Al-Quran Ikut Cara Ustaz Khairul Anuar Basri

58
SHARES

Setiap ibu bapa pasti mengimpikan anak yang boleh menghafaz al-Quran dengan lancar. Bak kata pepatah, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.Ini adalah perkongsian oleh seorang ayah mengenai tips mendidik anak kecil menghafaz Al-Quran oleh Ustaz Khairul Anuar Basri.

“Ni ilmu yang Ustaz Khairul Anuar Basri kongsi pada saya tentang cara nak didik anak kecil hafaz Al Quran

9 tips mudah dan hebat, macamana kita boleh didik anak-anak kecil menghafaz Al-Quran.

1.Bagi anak-anak yang sudah tahu membaca Al-Quran, betulkan bacaan mereka mengikut tajwid.

Ini sangat penting kerana hafazan yang pertama kali dibuat mengikut tajwid yang betul akan menyebabkan hafazan mereka tepat setiap saat dan tidak perlu usaha untuk memperbetulkannya lagi.

2.Setelah dibetulkan tajwid bacaan mereka, mula menghafaz menggunakan teknik yang pelbagai.

Mungkin mereka membaca sendiri berulang kali, atau mereka juga boleh dibantu oleh audio bersama-sama.

3.Peruntukkan masa dan target berapa ayat yang mesti dihafaz oleh anak-anak dalam sehari.

Ibu bapa boleh memantau secara santai proses menghafaz mereka.

4.Uji hafazan (tasmik) anak-anak setiap kali selesai setiap sesi.

Untuk memastikan mereka berjaya menghabiskan tugasan yang diberi.

5.Sebelum berpindah ke ayat yang baru, uji hafazan mereka yang terdahulu untuk memastikan mereka masih ingat.

Ujian ini boleh di selang seli juga ketika perlu.

6.Untuk ulangkaji, gunakan juga CD dan pasang bila menaiki kereta.

Biasanya, anak-anak secara automatik akan terus membaca bersama kerana mereka telah hafaz.

7.Bagi anak-anak yang belum mahir membaca, boleh gunakan CD sebagai alat bantuan menghafaz.

Pastikan CD itu mempunyai bacaan yang standard panjang pendek harakatnya demi menjamin kualiti hafazan anak-anak.

8.Guna kaedah ulangan dan semakan (i’adah).

Sama seperti di atas untuk mengukuhkan hafazan.

9.Kaedah di atas akan lebih berkesan jika anak-anak turut didedahkan dengan pertandingan hafazan.

Jadi, galakkan anak-anak untuk menyertainya walaupun bukanlah menjadi target untuk mendapat nombor teratas.

Dalam masa yang sama, ibu bapa mesti lah terus menerus pantau anak menghafaz.

Sumber: Taufiq Razif

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×