Dapur

7 Petua Hilangkan Hanyir & Lendir Ikan Keli. Tak Meletup Di Kuali!

1K
SHARES

“Aduhai, dah banyak kali aku cuci ikan keli ni masih juga tak hilang lendirnya. Nanti masak takut meletup-letup pula dalam kuali… Apa petua hilangkan hanyir ikan keli ni agaknya ya?”

Ramai tak perminat ikan keli di sini? Ikan keli atau nama lainnya ikan lele memang selalu kita jumpa di kedai makan. Biasanya kalau digoreng pun dah sedap dimakan dengan sedikit sambal dan ulam bersama nasi panas.

Tapi, bukan mudah sebenarnya nak goreng ikan keli ini. Kalau tak ‘pro’ memang meletup-letup dalam kualilah jawabnya. Dah macam berperang di dapur pula! Ini disebabkan lendir yang masih melekat pada ikan keli.

Di sini kami kongsikan beberapa tips untuk menghilangkan lendir dan juga bau hanyir pada ikan tersebut. Barulah mudah nak menggorengnya nanti.

7 Petua Hilangkan Hanyir & Lendir Ikan Keli. Tak Meletup Di Kuali!

1. Perap Dengan Tepung

Salah satu petua hilangkan lendir ikan keli dengan mudah adalah dengan menggunakan tepung. Kata orang tua-tua, guna tepung beras lebih elok. Tapi kalau tak ada, guna tepung gandum pun boleh.

Caranya, taburkan tepung pada ikan keli dan biarkan ia diperap selama beberapa lebih kurang 15-30 minit. Kemudian, barulah basuh ikan tersebut dan kemudian goreng seperti biasa.

2. Daun Serai

Ambil daun serai dan potong pendek-pendek. Ramaskan daun serai dan gaulkan pada ikan. Lebih elok rendamkan sekejap. Kemudian barulah bilas seperti biasa.

Daun serai mempunyai tekstur kasar serta aroma yang wangi dan mampu menghilangkan lendir ikan keli dengan berkesan.

3. Daun Pisang / Daun Jambu

Satu lagi petua adalah dengan menggunakan daun pisang yang dicarik-carik. Lumurkan daun pisang ini pada ikan keli. Lendir akan tertanggal, bau hanyir pun hilang.

Selain daun pisang, boleh juga gunakan daun jambu dengan cara yang sama.

petua hilangkan hanyir

Foto Kredit: .lifetimestyles.com

4. Garam + Limau Kasturi

Biasanya di setiap rumah memang ada garam kasar kan? Kalau susah nak dapatkan bahan-bahan lain di atas, cuma gosok dengan garam kasar tanpa air. Lendir akan mudah tertanggal apabila dicuci.

Kalau masih berlendir juga, toskannya dan masukkan lebih 3 sudu besar garam bersama beberapa biji perahan limau kasturi untuk diratakan ke seluruh badan ikan. Perap atau rendamkan selama 15 minit sebelum dibilas. Gunakan limau untuk menggosok badan ikan keli dengan bersih.

5. Asam Jawa / Cuka

Ambil segenggam asam jawa dan lumurkan pada ikan. Perapkan seketika sebelum dibasuh bersih.

Kalau tak ada asam jawa, boleh juga gunakan cuka. Tapi tak perlu rendam terlalu lama. Cuma sental sekali dan kemudian basuh.

Foto Kredit: meatlovesalt.com

6. Sejuk Beku

Kalau anda belum bercadang untuk memasak ikan keli selepas dibeli, boleh simpankan ikan keli dalam peti ais bahagian sejukbeku tanpa dicuci.

Malam atau keesokannya apabila ia dikeluarkan, lendir-lendirnya akan  menjadi ais dan mudah untuk dicuci.

Foto Kredit: tokopedia.com

7. Air Basuhan Beras

Akhir sekali, ada ramai juga yang mencadangkan supaya guna air basuhan beras. Kalau nak basuh beras, simpan air basuhan itu dan gunakan untuk mencuci ikan keli. Katanya, memang lebih senang tertanggal lendir-lendir pada ikan. Bau hanyir pun hilang.

http://www.tutorialoka.com/

Barulah Dapar Menggoreng Dengan Tenang!

Lepas praktikkan petua hilangkan hanyir dan lendir ini, kuranglah risiko untuk anda ‘berperang’ di dapur. Lendirnya hilang, bau hanyir pun tak ada. Senang, bukan?

Langkah ini juga boleh digunakan untuk membuang hanyir pada ikan sungai atau ikan air tawar yang biasanya mempunyai bau yang agak kuat.

Kalau anda anda petua lain, jomlah kongsikan di ruangan komen!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×