40 Minggu

Baru Lahir Beberapa Jam Dah Buka Mata & Angkat Kepala, Bayi Pandemik Lebih Kuat!

8K
SHARES

Macam yang kita tahu, bayi yang baru lahir sudah pastinya akan lemah dan ‘lembik’ di bahagian leher dan agak susah untuk dukung tanpa penjagaan. Namun berbeza pula dengan perkongsian ibu ini apabila beliau berjaya melahirkan bayi ketika musim pandemik. Apa yang mengejutkan adalah selepas beberapa jam dilahirkan, bayinya sudah boleh buka mata dengan luas dan mengangkat kepala dengan tegap apabila diletakkan di dada ibunya.

Mengejutkan orang ramai adalah, keadaan bayi yang beru dilahirkan tersebut seolah-olah seperti bayi yang sudah berumur empat bulan dan ke atas.

Baca juga: Masa Berpantang Boleh Tidur Dalam Aircond Ke? Ini Jawapan Pakar

BARU LAHIR BEBERAPA JAM DAH BUKA MATA, ANGKAT KEPALA

Dalam perkongsian video Tiktok berkenaan, bayi tersebut dilihat mengangkat kepalanya dan cuba melihat keadaan sekeliling. Apabila ibunya cuba untuk menurunkan kepalanya semula, dia tetap menaikkan kembali kepala seolah-seolah bayi yang sudah besar.

Bukan itu sahaja, perkongsian wanita tersebut turut mendapat reaksi yang sama dari ramai ibu yang melahirkan anak ketika musim pandemik. Mereka juga mengatakan bahawa bayi yang dikandung mempunyai perkembangan yang pesat terutama sekali dari segi keupayaan fizikal.

Ada yang mengatakan bahawa anak mereka sudah boleh meniarap pada usia sebulan setengah hingaga dua bulan, malah boleh angkat kepala dengan tegap tidak seperti bayi lain.

IBU LEBIH RILEKS BEKERJA DI RUMAH MUNGKIN PENGARUH PERKEMBANGAN BAYI

Ada juga yang mengatakan bahawa wanita mengandung dan bekerja dari rumah adalah lebih rileks. Boleh berehat sebentar dengan baring dan merehatkan minda seketika mungkin adalah faktor kepada kandungan yang lebih kuat.

Walaupun sebelum ini ada perkongsian mengenai IQ bayi musim pandemik lebih rendah, tetapi mungkin ada benarnya mengenai perkembangan yang pesat kerana emosi ibu mengandung sangat mempengaruhi perkembangan bayi dalam kandungan.

Sumber: @formerlyashley

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×