Dapur

‘Dah Sebulan Batuk Tak Hilang, Akhirnya Petua Doktor Ini Berkesan Untuk Saya’

8.2K
reads
petua hilangkan batuk

Bila tiba musim panas dengan cuaca tak menentu begini, memang ramailah yang mula batuk-batuk. Ada yang batuk sekejap-sekejap, tapi ada yang batuk tak hilang-hilang walaupun dah jumpa doktor dan makan ubat yang diberi.

Dalam artikel kali ini, Puan Norarfina Fatini, atau lebih mesra disapa dengan panggilan Kak Sha, berbesar hati untuk berkongsikan sebuah petua menarik untuk mengatasi batuk. Menurutnya, kalau sekali dia diserang batuk, tempohnya memang lama – makan masa sebulan untuk sembuh. Sampai kadang-kadang masalah menjadi lebih teruk sebab terkencing.

Semua ubat batuk hospital, klinik, dan farmasi telah dicuba tapi tetap tak sembuh. Akhirnya, Kak Sha ikhtiarkan juga resepi yang disyorkan oleh doktor yang telah merawatnya selama 18 tahun. Tambah Kak Sha, semua masalah kesihatan diri dan keluarga selalunya memang dirujuk dengan doktor ini. Alhamdulillah, petua yang dicuba dapat membantu batuknya sembuh.

Jadi, di sini dikongsikan bahan-bahan dan cara-cara membuat penawar ubat batuk tradisi yang boleh anda cuba.

Cara Atasi Batuk Dengan Mudah Secara Semulajadi

Bahan-bahan

  • 3 cawan air
  • 3 batang serai diketuk
  • Halia (banyakkan sedikit sampai terasa pedas)
  • 2 helai daun pandan
  • 1 ketul gula batu
  • 5 hiris lemon (setengah biji)
  • *7 biji bunga cengkih ( optional, ini Kak Sha tmbah )
  • *2 batang kulit kayu manis ( optional, ini Kak Sha tambah )

Cara- cara

1. Rebus

Pertama sekali, rebus kesemua bahan (kecuali lemon) selama setengah jam.

2. Perah Lemon

Seterusnya, alihkan air rebusan tadi ke dalam bekas. Barulah perah hirisan lemon.

3. Sedia Diminum

Bila dah siap, bolehlah minum. Seeloknya minum air rebusan ini ketika ianya suam.

4. Cara Menyimpan

Jika ada lebihan air rebusan tadi, boleh simpan di dalam peti sejuk.

Masa nak minum boleh panaskan balik dan perahkan lemon.

Boleh Juga Diamalkan Selalu

Sebenarnya banyak khasiat yang terkandung dalam bahan-bahan semulajadi seperti serai dan lemon. Ada yang mengamalkan minuman ini untuk menguruskan badan, mencantikkan kulit, dan mewangikan tubuh.

Apapun, jika batuk anda masih tak berkurangan atau tahap kesihatan makin merosot, jangan lupa jumpa doktor untuk mendapatkan rawatan susulan.

Selamat mencuba!

*Petua atasi batuk dengan bahan semulajadi ini dikongsikan oleh Puan Norarfina Fatini dan ia diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk sebarang pertanyaan, boleh rujuk post asalnya di SINI.

Yang Popular

To Top