“Kenapa kulit anak aku ni merah-merah selepas guna petua ni? Alamak macam mana nak buat ni!”
PENGAJARAN SEBELUM IKUT APA-APA JENIS PETUA
Pengajaran yang saya dapat selepas mencuba petua hilangkan selesema menggunakan teknik bawang putih (Elak sebelum terkena):
1. Kenali jenis kulit baby anda (Nasib saya Baby Medina jenis kulit sensitif. Setiap baby punya kulit yang berbeza, untung bagi mommy yang ada baby kulit normal. Yang ni nak amalkan apa-apa petua pun tak apa sebab kulit normal.)
2. Sebelum amalkan apa-apa petua, pastikan teknik yang digunakan termasuk persekitaran BEBAS KUMAN (mata kasar nampak okay saja tapi kadang-kadang cara kita tu dah terjamin kebersihannya kita tak tahu. Sebab tu setiap produk yang nak dikeluarkan/dipasarkan kena melalui lab test utk menguji BEBAS KUMAN atau pun tidak). Pesan pakar kanak-kanak tadi, memadai sekadar menggunakan Minyak Telon/Yuyi sahaja.
3. Doktor INFORM cecair yang berkumpul di tapak kaki (gelembung) tu adalah MUKUS (Lendir dari dalam badan yang ditarik keluar oleh bawang putih). Tapak kaki Baby Medina ditoreh untuk pastikan mukus tu keluar sepenuhnya dan diberikan ASPIRIN untuk cuci luka dan krim antiseptik untuk elakkan INFECTION.
*(PART NI MEMANG KENA BERI PERHATIAN LEBIH): Esok jika masih gelembung lagi memang nak kena pergi PMC segera untuk keluarkan lagi mukus yang terperangkap bawah tapak kaki.
KEADAAN ANAK YANG ALERGI DENGAN BAWANG PUTIH
**Sekarang Baby Medina demam kesan daripada panas bawang putih semalam. Bak kata Doktor, masalahnya bukan pada berapa helai stokin yang digunakan. Kalau kulit baby zahirnya dah SENSITIF, if berlapik 10 stokin pun akan beri kesan melecur yang sama mcm Baby Medina. Sebab semalam teknik yang saya gunakan lebih kurang sama sahaja seperti yang kawan-kawan amalkan cuma bezanya saya balut bawang putih tebal-tebal dengan tisu yang kering (ketebalan sama macam menggunakan 2 stokin) sebelum saya pakaikan stokin.
Tak apa lah nasib Baby Medina ALERGY dengan bawang putih, kalau tak cuba petua semalam saya pun tak tahu anak saya alergy bawang putih. Moral of the story, setiap apa petua yang kita nak amalkan, peringatan untuk kawan-kawan yang bergelar IBU juga, jika yakin petua yang diamalkan terjamin 100% kebersihannya dan bebas kuman, baru lah amalkan. Semoga cepat sembuh Princess Mummy.. Sedih mummy tengok kaki kamu. Dah la hidung sumbat, batuknya lagi.. Mummy selalu doa biarlah semua sakit kamu pindah pada mummy pun tak apa. Jangan kamu yang sakit.
NOTA TAMBAHAN…
Oleh kerana Baby Medina ni batuk non-stop 3 hari lepaslah yang buatkan saya nak cuba petua-petua ni dengan niat nak sembuhkan sakit anak. Baby dah banyak hari tak nak minum susu sebabnya bila minum susu mesti tersedak sebab sambil minum (hidung sumbat + terbatuk-batuk). Kita yang ibu ni pun kesian dan seksa tengok rasanya. Saya dah cuba dengan kunyit hidup disapu pada batang hidung memang okay tapi hanya malam tu saja baby dapat tidur lena, bila bangun pagi esoknya hidung sumbat semula. Saya dah cuba dengan minyak masak dicampur bawang putih (sebelum sapu saya selawat dulu), tak lama lepas tu saya nampak jadi merah-merah di dada baby Medina. Sampai la saya mencuba kaedah letak dalam stokin tu. Itu pun bawang putih saya tak letak direct, saya balut dulu dalam tisu bagi tebal baru saya masukkan dalam stokin (masih belum give up dengan kaedah menggunakan bawang putih, sebab tu saya cuba pula kaedah lain).
PESANAN UNTUK SEMUA IBU
Bila dah jadi macam dalam gambar tu yang buat saya betul-betul fobia dan tak berani cuba lagi petua lain yang melibatkan direct contact ke baby. Sekarag batuk baby dah pun makin kurang lepas pakar kanak-kanak syorkan amik nebulizer 3 kali sehari. Barulah selesema dan batuk baby makin kurang. Saya hargai nasihat kawan-kawan semua yang suggest untuk guna krim herba tropika tapi saya penah cuba sapu baby oil tro**** (lavender) pd baby, jadi bintik merah pada badan baby Medina. Kulit anak saya SANGAT SENSITIF, sebab tu saya tak berani lagi untuk cuba produk lain selagi doctor tak recommend. Ibu mana lah yang sanggup lihat anak sakit, sebab tu lah saya nak mencuba petua tradisional ni dengan harapan hidung tak sumbat lagi, tak ada lagi batuk non-stop seperti hari-hari sebelumnya.
**Moral of the story: Petua tak salah, Bawang putih pun tak salah. Anak saya yang tak sesuai dengan kaedah yang perlu gunakan bawang putih, jadi saya STOP sampai di situ saja. Tak sangka issue ni diperbesarkan sampai macam ni sekali. Saya pun tak ada salahkan bawang putih. Apa-apa petua yang nak diamalkan sekalipun tuan/puan sekalian jangan dilupa aspek kebersihan juga.
Sumber: Cahaya Mata