Didik

Permohonan Prasekolah Dibuka Mulai 1 Mac 2019. Ini Cara Daftar Online

4.3K
SHARES

PERMOHONAN KEMASUKAN MURID KE PRASEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) TAHUN 2020

Sukacita dimaklumkan kepada ibu ayah yang ada anak berusia 4 dan 5 tahun pada tahun 2019 ini, permohonan kemasukan murid ke Prasekolah KPM bagi sesi persekolahan tahun 2020 telah dibuka mulai 1 Mac 2019 hingga 31 Mei 2019.

Cara Daftar Prasekolah Bagi Kemasukan Tahun 2020

Ibu ayah boleh mendaftarkan anak-anak melalui melalui dua kaedah:

1. Cara Permohonan Prasekolah Secara Online

Permohonan secara atas talian boleh dibuat melalui https://eprasekolah.moe.gov.my mulai 1 Mac 2019 hingga 30 April 2019.

Permohonan prasekolah online

Pemohon perlu:

i. Muat turun dan fahami manual pengguna;

ii. Daftar pengguna dan simpan / cetak maklumat pengguna (katalaluan);

iii. Lengkapkan maklumat permohonan;

iv. Cetak borang permohonan yang telah lengkap diisi;

v. Serah borang permohonan yang telah lengkap diisi serta dokumen yang diperlukan ke sekolah yang dipohon sebelum tarikh tutup.

2. Cara Permohonan Prasekolah Secara Walk In

Permohonan manual boleh dibuat mulai 1 Mac 2019 hingga 31 Mei 2019.

Pemohon perlu:

i. Mengambil borang permohonan di sekolah yang dipohon

ii. Lengkapkan borang permohonan

iii. Sediakan dokumen yang diperlukan

iv. Hantar borang permohonan berserta dokumen yang berkaitan ke sekolah yang dipohon sebelum tarikh tutup

permohonan prasekolah online

Foto Kredit: hmetro.com.my

Syarat Permohonan Prasekolah Bagi Tahun 2020

i. Warganegara Malaysia

ii. Kanak-kanak yang lahir antara 02.01.2014 – 15.01.2016

Semakan Keputusan Bermula 5 Ogos 2019

Keputusan permohonan boleh disemak mulai 5 Ogos 2019. Bagi yang tak berjaya, rayuan boleh dibuat mulai 5 Ogos hingga 20 Ogos 2019.

Jadi mak ayah yang ada anak berumur 4 dan 5 tahun dah bolehlah mohon siap-siap ya.

Jangan berlengah lagi sebab mungkin penuh pula prasekolah yang berkenan di hati tu.

Jom daftar sekarang!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×