Cara Semakan Keputusan Penempatan Prasekolah Sesi 2020
Ibu bapa yang telah mendaftarkan anak berumur 4 dan 5 tahun bagi sesi prasekolah secara online, semakan status penempatan prasekolah sesi 2020 boleh disemak mulai 5 Ogos 2019 di laman sesawang : https://eprasekolah.moe.gov.my/
Cara semakan adalah seperti langkah dibawah:
1. Log Masuk
Mula-mula pergi ke laman web E-Prasekolah dan log in seperti biasa dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan.
Jika terlupa, klik pada butang ‘lupa kata laluan’ untuk reset kata laluan dan memasukkan kata laluan baru.
2. Semak Keputusan Penempatan
Semak sama ada keputusan penempatan berjaya seperti yang diminta semasa permohonan.
Jika berjaya, buat pengesahan dan cetak surat yang dilampirkan untuk dihantar ke prasekolah bagi proses perakuan.
3. Buat Rayuan Jika Perlu
Bagi keputusan penempatan prasekolah yang tidak berjaya atau ingin diubah, rayuan penempatan prasekolah sesi 2020 ini boleh dimohon mulai 5 Ogos hingga 20 Ogos 2019.
Semak Keputusan Rayuan Bermula 10 September 2019
Keputusan bagi rayuan permohonan prasekolah akan diumumkan bermula 10 September 2019 ini.
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh berhubung terus dengan pihak sekolah yang dimohon atau email ke [email protected]
Jadi, jangan lupa semak nanti ya!