Dapur

Perkongsian Tips Cara Goreng Telur Mata ‘Meleleh’ Ini Dapat Lebih 4k Perkongsian FB!

Sebut sahaja telur mata kerbau atau telur mata, pasti kita akan terbayangkan telur kuning yang cair dan meleleh. Memang merupakan antara lauk yang enak makan bersama nasi panas dan tidak lapuk ditelan zaman. Namun, setiap kali nak goreng telur mata, mesti susah nak dapat telur mata yang mempunyai telur kuning yang cair macam di restoran. Oleh itu, perkongsian lelaki ini mendapat lebih 4k perkongsian di media sosial kerana beliau berkongsi tips goreng telur mata dengan betul!

RUPANYA ADA TIPS NAK GORENG TELUR MATA

Hi assalam sis. Saya ni kerjanya sebagai tukang goreng telur sahaja. Say specialist dalam goreng telur mata. Macam-macam kerja ada didunia ni, jadi saya pilih kerjaya ni. Maklumlah kite spm je…

Jadi saya nak kongsikan sikit tips-tips nak buat telur mata kerbau. Pertama, kena guna kuali kecik dan kedalam sedikit lengkuknya. Sebab telur putih akan membaluti telur kuning tu sikit dan telur tu tak merebak ikut saiz kuali . Tips kedua, minyak kena lebih supaya dia akan tenggelam biar rata. Pecahkan telur dalam mangkuk kecil dahulu, jangan direct terus ke kuali tau. Jangan risau, kita toss dulu atas sudip bagi minyak tu meleleh jatuh selepas goreng, jangan angkat ke pinggan terus. Bila keliling putih tu dah start garing sedikit, boleh angkat dah.

Tips ketiga, guna lah telur saiz D ataupun E. Ianya lebih afdal. Selalu kita order kat kedai, bila mintak telur mata kerbau, dibaginya telur mata jin mata satu, telur mata kerbau buta sebelah dan paling teruk telur mata dajal, musibah namanya tu.. Huhu. Bila telur mata kerbau, macam ni. Kuning-kuning tu samada cair atau separa cair. Baru berselera.

Sengaja pecahkan kuning tu, boleh jadi kes bunuh nanti tau. Sekian. Terima kasih.

Sumber : Wan Luqman

Yang Popular

To Top