Dapur

Perkongsian Resipi Sambal Belacan Warisan Nenek, Memang ‘Berasap’ Telinga!

300
SHARES

Ternyata sambal belacan merupakan antara menu sampingan yang pasti ada dalam pinggan rakyat Malaysia. Boleh dimakan tidak kira apa jua waktu dan tidak lekang ditelan zaman, sambal belacan merupakan penaik selera ketika makan. Namun, untuk membuat sambal belacan yang memang sedap bukanlah mudah kerana ada bahan-bahan dan teknik yang betul perlu digunakan. Jadi, perkongsian resipi sambal belacan dari wanita ini yang diamalkan secara turun temurun pasti dapat membantu anda.

BAHAN-BAHAN SAMBAL BELACAN POWER

1/2 kg cili merah

1/2 kg cili hijau

1/2 kg limau kasturi

350 g cili api

7 ulas bawang putih

Sebiji bawang besar

2 biji tomato..

Sedikit belacan

Garam gula dan secukup rasa

CARA-CARANYA

1. Caranya ptong cili dan rendam dlm air biarkan biji-bijinya keluar

2.Bawang besar bawang putih dan belacan digoreng separuh masak

3. Cili merah hijau cili api dan tomato dicelur separuh masak

4. Blend semuanya masuk kan gula garam dan secukup rasa serta air limau kasturi, kalau suka boleh masuk kan kulit limau tu sedikit.

Siap!

Sumber : Ayda Ajoy

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×