Bersalin

Cepat Terjaga Bila Ibu ‘Hilang’, Rupanya Deria Bau Bayi Memang ‘Power’. Ini 7 Fakta Tentangnya

38.2K
SHARES

“Aduh, kejap je dah terjaga. Tadi tengok elok je tidur, bukan main nyenyak lagi. Ibu siap dah bubuh bantal lagi keliling. Macam tau-tau je ibu dah bangun…”

Mesti ramai ibu yang pernah rasa macam ni. Pelikkan bila si kecil tu macam tau-tau je yang kita dah ‘hilang’ atau ada dekat dengan dia – walaupun masa dia tengah tidur!

Tahukah ibu, sebenarnya deria bau bayi adalah sangat peka dan sensitif terhadap bau ibu. Menurut penelitian, bayi sudah mula mengenal bau sejak dalam kandungan ibu lagi tau.

7 Perkara Menarik Tentang Deria Bau Bayi

1. Bayi Mula Menghidu Sejak Dalam Kandungan

Hidung bayi mula terbentuk seawal 7 minggu kandungan. Lebih kurang ketika usianya 10 minggu, reseptor penghidu bayi telah terhasil.

Ini bermaksud, bayi akan menggunakan deria bau mereka sejak dalam rahim ibu lagi!

Foto Kredit : news.shayan-medicine.com

2. Bayi ‘Kenal’ Bau Ibu & Susunya

Ketika dia bernafas dan menelan cecair amnion (air ketuban), bayi akan mula ‘mengenal’ bauan ibu. Menurut saintis, bauan ini serupa dengan bau susu ibu yang membantunya ‘mengenal’ bau ibu sejak lahir lagi.

Melalui air ketuban juga, bayi akan diperkenalkan dengan pelbagai bauan dan rasa daripada makanan yang ibu makan. Apa-apa yang ibu makan atau minum, bayi pun ‘kongsi’ samalah.

kurang air ketuban

Foto Kredit: netdoctor.co.uk

3. Bayi Paling Suka Bau Ibu

Ketika dilahirkan bayi amat suka dengan bau ibunya. Bukan saja ia memandu bayi kepada ‘makanannya’ tetapi bayi juga suka bauan ibu untuk berasa selamat.

Ini kerana, deria bau bayi diproses oleh bahagian otak yang mengawal memori. Bayi anda akan menghubungkan bau istimewa ibu ini dengan pengalaman yang dirasainya – contohnya dipeluk, dibelai dan disusukan.

Semua ini merupakan memori indah bagi bayi yang membuatkannya sangat selesa dan tak mahu berenggang dengan ibu!

4. Bayi Boleh Membezakan Bau Susu Ibu

Disebabkan bau susu ibu yang unik, bayi juga mampu menoleh kepalanya untuk mencari susu ketika lapar.

Menurut sebuah pemerhatian lagi, bayi baru lahir boleh mengenalpasti bau susu ibunya berbanding susu daripada wanita lain.

Wah, bijak kan?

http://curacaochronicle.com/

5. Bau Ibu Merangsang ‘Love Hormone’

Ketika ibu mendakap bayi, anda berdua akan saling menghidu antara satu sama lain.

Ketika ini, tubuh ibu dan bayi akan menghasilkan hormon oksitoksin atau ‘love hormone’. Hormon gembira ini akan membantu proses bonding dan menguatkan ikatan antara ibu dan bayi.

Bagitu hebat dan istimewanya hubungan ibu dan bayi, kan?

6. Deria Bau Membantu Bayi Mengenal Bahaya

Bayi juga menggunakan deria baunya untuk mengenalpasti seseorang yang dia tak familiar.

Jika bayi berasa terancam, bayi akan menunjukkan rasa tak selesa, menangis atau menendang kakinya.

positively.com

7. Bau Ibu Buat Bayi Lebih Mudah Tidur

Ramai ibu yang mengamalkan co-sleeping atau tidur bersama bayi mendapati bayi mereka lebih mudah tidur berbanding mereka yang mengasingkan bayi di katil sendiri.

Dalam kajian turut menunjukkan bahawa bayi akan berasa lebih tenang dan akan tidur lebih lena bila berada dalam satu bilik bersama ibu.

Jadi, patutlah bila kita ke dapur atau ke tempat lain, bayi pun mudah terjaga. Tapi kalau kita duduk atau baring sebelah dia, elok je dia tidur… Last-last, kita pun tertidur sekali.

Malah, ada pakar yang mencadangkan ibu meletakkan pakaian ibu berdekatan bayi kalau dia asyik terjaga dan susah sangat nak tidur. Dapat bau ibu, baru lena!

manfaat susu ibu

Foto Kredit: babygaga.com

Ibu Pun Suka Bau Bayi Kan?

Walaupun ibu berpeluh-peluh dan belum sempat mandi, bayi tetap akan merasakan bau ibu adalah bau paling harum di dunia.

Bukan bayi saja yang suka bau ibu, tapi ibu pun boleh ‘ketagih’ dengan bau bayi. Geram dan rasa nak gomol je setiap hari, lagi-lagi lepas bangun tidur tu kan?

 

*Rujukan: BabyCentreUK, Romper.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×