Mempunyai kitaran haid atau period yang normal dalam kalangan wanita adalah penting untuk memastikan tahap kesuburan berada di skala normal. Apa yang merisaukan adalah, ramai juga yang mengalami masalah period tak datang lebih dari 3 bulan malah sehingga setahun! Normal tak?
Perkongsian dari seorang doktor di laman Tiktok Dr.Ezzah mengatakan, jika haid tak datang LEBIH 3 bulan, sila berjumpa dengan doktor untuk periksa ketebalan dinding rahim yang boleh menyebabkan kanser rahim.
Baca juga: Populasi Malaysia Berkurangan, Seorang Wanita Kena Lahirkan 2-3 Anak Untuk ‘Pulihkan’ Keadaan
PERIOD TAK DATANG LEBIH 3 BULAN, KENA JUMPA DOKTOR
Menurut Healthline, ini dikenali sebagai Amenorea iaitu ketiadaan pendarahan haid, yang boleh menjejaskan perkara seperti ketumpatan tulang dan kesuburan. Ia secara semula jadi berlaku semasa kehamilan dan selepas menopaus, tetapi mengalaminya pada masa lain mungkin bermakna anda ada masalah perubatan.
Ada dua jenis amenorea ini iaitu ‘primer amenora’ yang berpunca dari:
-Masalah struktur dengan organ seks anda. Ia mungkin tanda ovari yang kurang berkembang atau tidak berfungsi.
-Isu dengan kelenjar pituitari atau tiroid anda boleh mengakibatkan amenorea sekunder. Apabila berfungsi dengan betul, kelenjar ini menghasilkan hormon yang diperlukan untuk haid.
Secondary amenora pula berpunca dari:
-Obesiti
-Kekurangan zat makanan
-Anoreksia nervosa
-Penurunan berat badan yang melampau
-Terlalu banyak bersenam
-Sindrom ovari polikistik (PCOS)
-Kanser ovari
-Penyingkiran ovari atau rahim
-Masalah dengan kelenjar tiroid
–Ketidakseimbangan hormon
-Tekanan atau kemurungan
-Penggunaan ubat-ubatan tertentu, seperti beberapa antipsikotik
NORMAL UNTUK TIADA HAID KALAU…
Namun, anda dikecualikan untuk risau mengenai masalah haid yang tidak muncul-muncul ini apabila anda mengalami 3 situasi di bawah:
1. Disahkan hamil
2. Menyusu badan bayi (full breastfeeding)
3. Tengah dalam proses merancang kehamilan (pil,depo,implanon)
Tapi, apa yang pasti buat pemeriksaan terlebih dahulu walaupun selama ini anda merasakan tidak pernah mempunyai sebarang masalah kesihatan. Bahaya kanser rahim!
@dr_ezzah Jika haid tak datang LEBIH 3 bulan , sila jumpa doktor ya untuk cek ketebalan dinding rahim. Dinding rahim yang tebal boleh menyebabkan kanser rahim. Kecuali x period sebab 1. Pregnant 2. Fully breastfeeding 3. Tengah on family planning (pill,depo,implanon)… yang ni jgn risau la. Normal. #period #haid #kanserrahim #endometrialhyperplasia ♬ original sound | Sis GP – Dr Ezzah
Baca juga: 5 Jenis Rawatan Kesuburan Di Malaysia Ikut Bajet Paling Tinggi Hingga Harga Berpatutan
Sumber: Dr.Ezzah, Healthline