Kini Trending

“Penyewa Dari Neraka”- Tinggal Rumah Sewa Kotor & Bau Hancing. Siap Ada Ular Sekali!

41
SHARES

Selama bertahun-tahun, seorang pemilik rumah tidak dibenarkan oleh penyewa untuk melawat miliknya sendiri. Penyewa menggunakan alasan pandemik dan Covid-19 untuk menghalang pemilik rumah itu melawat keadaan rumahnya.

Pemilik rumah, Phil Tewkesley akhirnya berjaya memasuki rumah yang terletak di Kendal, Cumbria itu tetapi dia sangat terkejut dengan apa yang dilihat. Sangat tak masuk akal!

Baca juga: Gara-Gara Jiran Suka Parking Depan Rumah, Letak Nota ‘Untuk Dijual’ Terus Alih!

TINGGAL RUMAH SEWA KOTOR & HANCING. SIAP ADA ULAR SEKALI

Memetik laporan Metro UK, apabila masuk ke rumah, Phil terpaksa mengharungi timbunan sampah yang penuh dan berselerak di dalam rumah itu. Lebih mengejutkan, bukan sahaja timbunan sampah malah terdapat seekor ular sawa sedang mengintai di penjuru pintu bilik tersebut. Ular itu meringkuk di dalam tangki dengan tiga ular lain turut ditemui tetapi telah mati.

“Saya ternampak tangki besar dan ia sangat kotor. Saya melihat dengan lebih dekat ke dalam tangki dan terkejut kerana ada ular di dalamnya.

“Saya ketakutan, saya menjerit dan terus berlari keluar dari rumah kerana terkejut melihat perkara seperti itu berlaku,” jelas Phil.

Selain itu, tumbuhan yang telah mati, botol Irn Bru, ujian Covid dan salinan akhbar tempatan West Moorland Gazette juga bersepah di atas lantai.

“Susah nak percaya, bukan sahaja penuh dengan barang tetapi sampah dan juga makanan. Saya tak pernah alami perkara macam ini dalam hidup saya. Ia kelihatan seperti tempat pembuangan sampah,” luahnya.

Semasa membersihkan, Phil dan pasangannya, Lisa, telah terhidu bau air kencing yang sangat kuat. Menurut jiran tetangga, penyewa tersebut sering menerima penghantaran bungkusan setiap hari tetapi tidak pernah membuang apa-apa.

Terdapat juga beberapa kerosakan dan lubang akibat digigit tikus. Penyewa itu juga difahamkan tidak membayar sewa selama enam bulan.

Selain ular, terdapat juga ikan, tarantula dan kala jengking ditinggalkan oleh penyewa itu. Penyewa itu sebelum ini mengaku dirinya pencinta haiwan dan pernah menyelematkan seekor ular.

Dia mengambil masa selama 54 jam untuk membersihkan rumah yang seperti tongkang pecah itu dan kira-kira £1,200 hanya untuk menyingkirkan barang-barang mereka. Puluhan ribu diperlukan jika mahu mengembalikan kepada keadaan sedia kala.

Sumber: Metro UK

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×