Famili

[VIDEO] Gara-Gara Jiran Suka Parking Depan Rumah, Letak Nota ‘Untuk Dijual’ Terus Alih!

376
SHARES

Hidup berjiran haruslah saling memahami dan hormat menghormati antara satu sama lain. Semangat kejiranan mampu mewujudkan suasana yang harmoni tanpa pergaduhan antara satu sama lain.

Walau bagaimanapun, lain pula kisah yang tular di media sosial apabila seorang pengguna TikTok bergaduh dengan jirannya yang mempunyai sikap tidak bertolak ansur serta tidak menghormati.

Baca juga: [VIDEO] Jiran Suka Sidai Baju Di Pagar Macam Rumah Sendiri, Geram Tengok!

GARA-GARA JIRAN SUKA PARKING DEPAN RUMAH, LETAK NOTA TERUS ALIH

Menerusi rakaman video berdurasi 12 saat itu, pengguna TikTok bernama Nur Farhana meluahkan rasa geram dengan jiran yang gemar meletakkan kenderaan di hadapan rumah mereka. Tindakan jirannya itu menyebabkan si suami meletakkan satu nota sindiran.

“POV: Bila suami hang buat gila, geram dengan perangai jiran yang suka parking depan rumah orang sesuka hati” tulis wanita itu.

Suami kepada wanita ini meletakkan satu botol dan tertera tulisan kereta itu ingin dijual dengan harga RM800.00. Bukan itu sahaja, pembeli turut mendapat ganjaran istimewa iaitu menerima pam racun secara percuma.

“Untuk dijual RM800.00 percuma pam racun,” tulisnya.

Taktik tersebut sudah tentunya membuahkan hasil. Hal ini terbukti apabila jirannya dilihat tidak lagi meletakkan keretanya di hadapan rumah mereka.

“BAGUS, BARU PUAS HATI…”

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh pasangan suami isteri itu dan berpuas hati dengan taktik yang diguna.

*Adoi, macam-macam ya. Hidup berjiran kenalah saling menghormati. Jangan gaduh-gaduh.

Sumber: TikTok Nur Farhana

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×