Kini Trending

Penuh Drama, Samarinda ‘Saat Kau Takluk Cinta Ini’ Wajib Ditonton!

13
SHARES

Menyusuli Cukup Derita Itu, Saat Kau Takluk Cinta Ini sudah pun mengisi slot Samarinda bermula 20 Disember 2021 lepas, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam dan turut disiarkan melalui perkhidmatan penstriman iQiyi pada hari yang sama selepas siaran di TV3.

Baca juga: Majlis Reunion Penyatu Jodoh Cikgu & Bekas Pelajar, Beza Usia 11 Tahun!

LAKONAN MANTAP IDRIS KHAN DAN INTAN NAJUWA

Drama bersiri 15 episod yang diinspirasikan dari novel Saat Kau Takluk Cinta Ini karya Sara Hezra merupakan terbitan Kembara Sufi Sdn Bhd, diarahkan oleh Zamri Zakaria, nukilan skrip oleh Eja Lorena dan menampilkan pelakon – pelakon popular Malaysia seperti Idris Khan, Intan Najuwa, Syazwan Zulkifly, Shakilla Khoriri, Wafariena Roslan, Wan Maimunah, Zarynn Min, Edika Yusof, Jasmin Hamid, Raja Azmi, Raja Baizura, dan Aleza Shadan.

Saat Kau Takluk Cinta Ini mengisahkan Haira Melissa telah dibuang keluarganya apabila dituduh merampas tunang kepada adik tirinya. Dia membawa diri ke sebuah kampung mencari kawannya tapi dia telah sesat dalam keadaan hujan yang lebat. Haira berteduh di sebuah pondok dalam kebun pisang. Dari situ, bermulalah pertemuan Haira dengan Rahhal. Nak tahu apa yang terjadi selepas mereka bertemu?

SAAT KAU TAKLUK CINTA INI SUDAH DITAYANGKAN

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Saat Kau Takluk Cinta Ini yang sudah bermula 20 Disember 2021, setiap hari Isnin hingga Khamis, 10.00 malam menerusi slot Samarinda di TV3 dan perkhidmatan penstriman iQiyi. Drama bersiri ini akan tersedia sejam kemudian pada hari yang sama di seluruh Malaysia.

Ia juga disertakan dengan sari kata dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia di mana penonton boleh mengakses secara percuma pada bila-bila masa melalui www.iQ.com/local atau muat turun aplikasi iQiyi di App Store dan Play Store. Pelanggan VIP akan dapat mengakses kemudahan VIP Express iQiyi bagi drama Saat Kau Takluk Cinta yang membolehkan penonton untuk menonton episod terkini 1 jam selepas tayangan di TV3 manakala pengguna percuma dapat menonton 48 jam selepas.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, dan Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat. Laman sosial Facebook, Instagram, Twitter, YouTube dan TikTok iaitu @iQiyiMalaysia!

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×