Famili

Pentingnya Penjagaan Makanan Si Comel Dan Kenali Apa Yang Diperlukan Mereka!

3.6K
SHARES

Kehadiran Si Comel dalam kehidupan membawa keceriaan dan kemeriahan. Telatah mereka yang mencuit hati sedikit sebanyak menjadi penghilang stress dan kebosanan.

Maka tidak hairanlah jika kebanyakan daripada kita ingin memberikan yang terbaik buat Si Comel kesayangan kita ini, kerana merekalah peneman setia disaat suka dan duka.

Lengkap dengan pelbagai nutrisi, SmartHeart Malaysia Menawarkan Rangkaian Makanan Kering Kucing Yang Diperlukan Bagi Setiap Fasa Umur Si Comel.

Rangkaian makanan kering SmartHeart telah dirumuskan secara khusus bagi memenuhi segala keperluan nutrisi Si Comel. Jadi, tidak hairanlah jika rangkaian makanan kering kucing SmartHeart, adalah antara makanan kucing yang memiliki formula terbaik di pasaran.

Terdapat dua rangkaian makanan kering kucing SmartHeart yang disediakan bagi memenuhi keperluan secara spesifik atau menyeluruh buat Si Comel iaitu:

1.Rangkaian makanan SmartHeart Berperisa.

Rangkaian makanan SmartHeart Berperisa mengandungi DHA & Choline, Bioton, Zinc, Omega 3&6,  kalsium, Phosphorus & Vitamin D untuk membantu pertumbuhan Si Comel secara menyeluruh.

Ini termasuklah untuk menajamkan penglihatan, mempercepatkan tumbesaran serta memperkuatkan lagi memori dan kepekaan Si Comel terhadap keadaan sekeliling.

Lagipun, pewarna yang digunakan bagi makanan kering berperisa SmartHeart adalah menepati piawaian dan mendapat kelulusan standard antarabangsa untuk makanan haiwan.

Ada 6 pilihan perisa iaitu;

  • SmartHeart Chicken & Tuna
  • SmartHeart Seafood
  • SmartHeart Salmon
  • SmartHeart Tuna & Shrimp
  • SmartHeart Mackerel
  • SmartHeart Chiken & Whitefish

2. Rangkaian makanan Special Care Formula.

Berbeza dengan rangkaian makanan SmartHeart Berperisa, rangkaian makanan Special Care Formula pula telah dirumus khas untuk menyelesaikan masalah tertentu yang dialami oleh Si Comel. Ini sedikit sebanyak akan membantu anda merawat dan menjaga Si Comel dengan lebih baik dalam usaha menyelesaikan masalah yang dialami oleh kucing kesayangan anda.

Terdapat 6 Special Care formula yang terdapat di pasaran antaranya ialah;

  • SmartHeart Mother & baby Cat

Mengandungi DHA (minyak ikan) & Choline, Omega-3 (Bioton, Zinc & Omega 3&6), kalsium, Phosphorus & Vitamin D, formula ini dirumus istimewa untuk memastikan Si Comel mendapat nutrisi yang mencukupi semasa tempoh hamil dan penyusuan berlangsung. Formula ini juga membantu menguatkan lagi sistem imunisasi bayi Si Comel semasa proses penyusuan selepas bayi Si Comel dilahirkan.

  • SmartHeart Kitten

SmartHeart Kitten adalah formula lengkap yang dihasilkan bagi memastikan Si Comel menerima nutrisi yang mencukupi untuk membesar dengan baik. Ianya juga turut mengandungi DHA, Choline,Taurine dan banyak lagi daripada ikan, telur dan susu bagi membantu Si Comel memiliki memori, kepekaan, kebijaksaan dan penglihatan yang tajam.

  • SmartHeart Skin & Coat Formula

Berbeza dengan dua formula diatas formula Skin & Coat adalah khusus bagi anda yang mahu bulu Si Comel sentiasa sihat dan bersinar. Formula yang mengandungi Biotin, Zinc dan Omega 3&6  untuk membantu mengurangkan masalah keguguran bulu Si Comel selain, meransang pertumbuhan bulu yang baru.

  • SmartHeart Hairball Control

Formula seterusnya ialah SmartHeart Hairball Control. Formula makanan ini dilengkapi dengan nutrisi yang seimbang serta kandungan serat tambahan yang penting untuk mengawal pergerakan usus dan mempermudah proses pembuangan bebola bulu melalui najis Si Comel.

  • SmartHeart Sterilised Formula

Selain itu, SmartHeart juga mengeluarkan SmartHeart Sterilised Formula. Formula khas ini diperuntukan untuk Si Comel yang baru sahaja mengalami proses pemandulan. Kebanyakan kucing akan mengalami masalah penurunan kadar hormon, sekaligus menjejaskan metabolisma tubuh mereka.

Jika keadaan ini dibiarkan secara berterusan ianya boleh menyebabkan masalah pertambahan berat badan ataupun obesiti. Jadi, Si Comel memerlukan makanan yang seimbang tetapi dalam masa yang sama rendah kalori bagi megurangkan masalah obesiti dan masalah pencernaan makanan.

  • SmartHeart Senior Care

Formula ini ialah formula yang telah dihasilkan dengan penuh keprihatinan terhadap Si Comel yang lebih berusia. Hal ini demikian kerana, Si Comel yang lebih berusia berisiko menghadapi masalah menopause dan andropause.

Justeru itu bagi memastikan si comel kekal aktif,  Glucosamine dan Chondroitins serta protein tambahan telah ditambah kedalam formula ini bagi memastikan Si Comel terus sihat dan cergas.

Dapatan produk SmartHeart secara dalam talian!

Penting untuk anda tahu keperluan Si Comel anda. Jangan sesekali ambil mudah penjagaan makanan mereka kerana makanan yang baik mampu membantu memelihara tahap kesihatan Si Comel anda.

Bagi yang berminat nak dapatkan produk-produk SmartHeart, korang boleh dapatkan produk ini secara dalam talian di SmartHeart online Shop.

Nak tahu tentang promosi terkini dari SmartHeart? Pastikan anda like dan follow media sosial mereka dibawah.

Website: SmartHeart Malaysia

Facebook: SmartHeart Cat Malaysia

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×