0-6 Bulan

Penting Untuk Tahu Beza Di Antara Keperluan & Kehendak Anak. Borak Mak-Mak Ada Jawapannya!

376
SHARES

Bakal bersiaran bermula 17 Februari, Borak Mak-Mak merupakan sebuah rancangan bual bicara pendek yang diacarakan oleh  pengacara Fiza Saad dan juga pelakon terkenal iaitu Amyra Rosli yang juga merupakan ibu kepada dua cahaya mata.

Kalau anda nak tahu, matlamat utama rancangan 10 episod ini adalah untuk membantu para ibu dan bapa diluar sana memahami keperluan tubuh dan mental anak-anak dan dalam masa yang sama pakar jemputan akan berkongsi pelbagai tips dan teknik menarik menghadapi kerenah mereka.

Penuh Dengan Ilmu Dan Info Bermanfaat!

Berdurasi selama 6 minit, rancangan Borak Mak-Mak sarat dengan ilmu dan info baru yang ramai tak tahu. Menariknya, pakar jemputan bagi setiap episod adalah berbeza dan setiap satu daripada mereka ada tips dan teknik yang menarik.

Insya-Allah, ilmu yang dikongsikan oleh pakar-pakar hebat ini bermanfaat untuk kita aplikasikan dalam urusan seharian menjaga dan membesarkan anak-anak kita agar mereka mendapat yang terbaik.

Berikut ialah senarai 10 topik yang akan dibicarakan mengikut episod.

  • Episod 1: Smart Mind, Smart Heart
  • Episod 2: Time Management: Children vs. Career
  • Episod 3: Nutrition Story
  • Episod 4: Aspirational Kid’s Moment
  • Episod 5: Kepentingan Nutrisi Terhadap Perkembangan Anak
  • Episod 6: Kepentingan Peranan Seorang Bapa.

Episod Ramadan:

  • Episod 7: Ramadan for kids (Puasa untuk Si Cilik)
  • Episod 8: Hidupkan Ramadhan Bersama

Episod Raya:

  • Episod 9: Aktiviti Raya bersama anak-anak dengan Norma Baharu
  • Episode 10: Kerenah Pagi Raya

Artis & Influencer Kongsi Pengalaman Besarkan Anak!

Tidah hanya fokus kepada perkongsian pakar, menerusi rancangan Borak Mak-Mak,  kita ada artis dan influencer yang akan berkongsi pengalaman peribadi mereka menangani ragam dan kerenah anak-anak mereka.

Ye la, bukan mudah nak jadi suri rumah tangga yang bekerjaya. Banyak tau cabaran dan dugaannya. Jadi, nanti bolehlah anda gunakan sedikit sebanyak tips yang mereka kongsikan dalam rutin harian mereka untuk anda sekeluarga.

Dibawakan oleh Similac Intelli Pro, Borak Mak-Mak merupakan siri bual bicara pendek yang wajib ditonton oleh anda sebab ianya padat dengan perkongsian-perkongsian bernas pakar dan selebriti tersohor negara.

Oleh itu, pastikan anda luangkan sedikit masa pada setiap hari Khamis, jam 12 tengah hari di TV3 untuk topup ilmu baru untuk menjaga dan membesarkan anak-anak kita.

Similac Intelli Pro Susu Pilihan Ibu Bapa Prihatin!

Mengandungi DHA dan 7 khasiat tambahan seperti Asid Folik, Taurina, Vitamin B12, Zink, Kolina, Omega 6 dan zat besi, susu tepung Similac Intelli Pro menyokong perkembangan kognitif dan tumbesaran tulang kanak-kanak.

Selain itu, kombinasi minyak sayuran unik Similac Intelli Pro membantu penyerapan lemak, DHA, Vitamin A dan kalsium secara optimum. Maka, tak hairanlah kalau Similac Intelli Pro jadi pilihan utama ibu bapa prihatin.

Sertai peraduan #MamaSemangat dan menangi stok Similac® Intelli-Pro® PERCUMA untuk setahun!

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×