Terapi

5 Sebab Penting Untuk Perempuan Ada BFF Selepas Berkahwin

1.2K
SHARES

“Sejak ada anak kecik ni, jarang betul dapat jumpa dengan kawan. Rasa macam tak ada masa je…”

Kebanyakan wanita mesti pernah melalui satu fasa di mana mereka berasa begitu ‘sunyi’ selepas berkahwin, lebih-lebih lagi bagi yang baru ada anak. Semuanya tak menang tangan. Kawan-kawan pun sekadar ‘berjumpa’ dalam Facebook saja.

Mulanya kita anggap fasa ini sementara. “Alah, tak apalah tunggu anak besar sikit. Tak sampai hati pula nak ke mana-mana kalau tak bawa anak…” Tapi hakikatnya kita tak sedar masa berlalu dengan begitu pantas. Sampai satu saat, kita pula rasa kekok nak hubungi kawan-kawan lama.

Oleh sebab itu, ini 5 sebab kenapa wanita patut cuba mengekalkan persahabatan dengan BFF anda walaupun selepas berkahwin.

5 Sebab Penting Untuk Perempuan Ada BFF, Walaupun Lepas Kahwin

1. Mengurangkan Stres

Sejak berkahwin dan bergelar ibu, kebanyakan masa kita hanyalah bergelumang dengan kerja rumah dan anak-anak. Bagi yang bekerja, ada juga kawan di tempat kerja. Tapi, masa untuk bersosial sangat terhad. Setiap hari punch card tepat masa terus balik. Maklumlah, nak pergi ambil anak di pusat jagaan pula.

Bagi yang surirumah, jangan cakaplah. Memang sepanjang hari di rumah. Kalau ada kawan pun dengan jiran-jiran. Keluar pun sekadar beli barang dapur dan ambil anak sekolah.

Semakin hari, minda kita boleh menjadi stres walaupun disebabkan perkara yang kecil; contohnya – “Nak masak apa hari ni?” Bila anak mengamuk pun, kita boleh jadi moody seharian. Sesekali kalau berjumpa atau berbual dengan kawan, dapat jugalah melepaskan rasa stres yang melanda.

kesan stres

Foto Kredit: vix.com

2. Menyumbang Kepada Kesihatan Mental & Fizikal

Kajian menunjukkan bahawa wanita amat memerlukan sokongan sosial ketika dilanda masalah. Walaupun kita rasa kita boleh bertahan dan ‘survive’, tapi sebenarnya tindakan sedemikian boleh menjejaskan kesihatan mental dan fizikal kita.

Sebab itulah seorang perempuan perlukan seseorang untuk mendengar masalah mereka, atau setidaknya seseorang untuk bercerita dengan mereka – berbeza daripada lelaki.

Selain itu, penyelidik juga mendapati wanita yang didiagnos dengan kanser payudara dan hidup ‘terasing’ lebih berisiko untuk meninggal dunia berbanding mereka yang dikelilingi kawan rapat.

3. Bukan Semua Hal Boleh Cerita Pada Suami

“Buat apa nak ada kawan lagi… Suami kan ada?”

Tak dinafikan, seorang suami boleh menjadi teman setia kita di waktu senang dan susah. Merekalah yang kita percaya dan mereka juga yang wajib taat. Tapi, bukan semua benda kita boleh nak cerita dekat suami – terutamanya berkaitan hal kewanitaan kan?

Masa mereka pun terhad, sebab itulah pentingnya ada BFF!

http://www.shape.com.sg/

4. ‘Me Time’ Lebih Berkualiti

Tahu tak betapa tertekannya kalau seseorang perempuan tak mempunyai kehidupan sosial selain perbualan dengan anak-anak kecil yang belum dapat memahami mereka? Itulah pentingnya ‘me time’ bagi wanita, terutamanya yang jarang dapat berenggang dengan anak-anak dan sentiasa berada di rumah.

Tapi kalau nak keluar sendirian mungkin ada yang kurang konfiden atau rasa kurang bersemangat. Jadi dengan meluangkan sedikit masa bersendirian atau bersama teman-teman sebaya dapatlah kita release stres.

‘Me time’ ini ibarat terapi dan kita tentu akan berasa lebih gembira apabila bertemu anak-anak. Percayalah, baru keluar 1 jam pun dah rasa rindu dengan suami dan anak-anak. Tak adalah rasa nak ‘menyinga’ aja!

5. Ia Mengingatkan Tentang Keistimewaan Diri Kita

Bila dapat berborak dengan kawan-kawan, kita dapat rasakan bahawa kita lebih ‘hidup’, kita ada ‘self worth’, dan tidak lagi bersendirian. Kawan-kawan dapat memperkayakan pengalaman hidup kita. Mereka buat kita rasa disayangi, mereka dapat membuat kita berasa istimewa.

Aura positif ini pasti akan lebih bermakna kerana ia akan ‘dipindahkan’ pula kepada suami dan anak-anak di rumah. Maklumlah, bila ibu gembira, satu rumah tentu lebih ceria.

Pilih Kawan Yang Positif

Memang beruntunglah siapa yang masih lagi bersahabat dengan BFF mereka sejak sebelum berkahwin dan selepas berkahwin.

Tapi kita pun faham sesetengah orang mungkin susah nak kekalkan hubungan dengan kawan-kawan disebabkan faktor jarak, kerja, masalah keluarga, dan sebagainya. Namun begitu, ada banyak cara untuk kita memiliki kawan baru. Sekarang pun dah ada banyak support group yang boleh kita sertai.

Apapun, pilihlah kawan yang dapat memberi kesan positif pada hidup kita. Kita pun kenalah jadi seorang kawan yang baik. Semoga persahabatan yang terjalin saling memanfaatkan dan mendekatkan diri kita pada Tuhan.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×