1-2 Tahun

Pening Kepala Nak Pilih Jenama Susu Anak? Kami Senaraikan 8 ‘Brand’ Susu Formula Yang Popular Untuk Anak Anda!

8.3K
SHARES

“Susu apalah yang nak bagi anak-anak minum ni? Banyak sangat pilihan dekat pasaran sampai pening nak pilih”

Susu adalah salah satu nutrisi yang sangat diperlukan oleh anak-anak yang sedang membesar khususnya bagi anak berumur satu atau dua tahun ke atas. Namun, agak susah untuk ibu bapa di luar sana untuk memilih susu yang terbaik untuk anak-anak. Tambahan pula, apabila anak sudah berumur dua tahun ke atas, mereka sudah mula pandai memilih susu mengikut kesukaan mereka. Sesuai atau tidak juga merupakan salah satu dilema yang dialami oleh ibu bapa.

Tapi, jangan risau, kami telah senaraikan beberapa jenama susu yang sangat popular dan terbaik untuk dijadikan panduan memilih susu untuk anak-anak yang berumur satu atau dua tahun ke atas. Jom kita tengok apa yang menarik!

1. Dutch Lady Explore

www.smartmoments.com.my

www.smartmoments.com.my

Dutch Lady Nutri Plan Explore (2-4 Tahun) adalah salah satu susu yang sesuai untuk kanak-kanak yang aktif dan gemar mempelajari sesuatu yang baru. Fungsi utama adalah membantu menguatkan imuniti dan perkembangan otak kanak-kanak yang sedang membesar dengan mengandungi DHA , Magnesium, Selenium, Vitamin D dan Zinc. Dutch Lady Explore mempunyai tiga saiz bungkusan iaitu 350g, 650g dan 900g. Selain itu, susu ini juga mempunyai variasi rasa yang berbeza iaitu rasa susu asli, madu dan coklat dan harga yang sangat berpatutan iaitu sekitar RM 20.99 – RM 23.50!

2. S26 Progress

www.facebook.com/S26ProgressMalaysia

www.facebook.com/S26ProgressMalaysia

Sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 3 tahun, susu S26 Progress mempunyai Lutien yang berfungsi untuk menapis cahaya biru dan melindungi mata anak anda! Selain dari itu, S26 Progress juga mengandungi kandungan AA dan DHA yang seimbang untuk menyokong tumbesaran yang sihat dalam kalangan anak-anak . Jadi, anda tidak perlu risau mengenai nutrisi anak lagi kerana susu S26 Progress dapat membantu. Harga bermula dari RM35.19 – RM 118.69.

3. Nestle Lactokid

http://www.lazada.com.my/

http://www.lazada.com.my/

Nestle Lactokid 1-3 adalah susu formula yang diformulasi khas untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 3 tahun. Susu ini juga mengandungi GROWPLUS untuk membantu pembesaran sihat tubuh badan anak anda! Antara produk susu Nestle lain yang juga sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 3 tahun adalah Nestle Lactokid Comfortis. Susu ini dapat membantu mengurangkan masalah sembelit yang dialami oleh kanak-kanak. Harganya juga sangat berpatutan, sekitar RM 25.70- RM 30.90.  Anda boleh cuba!

4. Dumex Dugro

www.facebook.com/DumexDugro

www.facebook.com/DumexDugro

Susu Dumex Dugro adalah antara susu yang sesuai untuk mengatasi masalah anak susah makan.Bukan sahaja mempunyai nutrisi yang cukup, tetapi merupakan antara jenama susu yang mampu milik oleh orang ramai. Dumex Dugro juga selalu mempebaharui perasa susu seperti perasa coklat dan buah-buahan serta sayur-sayuran untuk menarik minat kanak-kanak. Sangat sesuai kalau anak-anak susah nak makan buah dan sayur. Boleh didapati dalam harga sekitar RM 27.30- RM 32.20.

5. Enfagrow A+

www.youtube.com

www.youtube.com

Enfagrow A+ mempunyai dua perasa iaitu coklat dan vanila. Apa yang menariknya, Enfagrow A+ Coklat dikatakan mempunyai rasa yang sedap dan digemari oleh kanak-kanak! Ia juga kaya dengan DHA Plus yang sememangnya membantu kepada perkembangan otak dan sistem imunisasi kanak-kanak. Bukan itu sahaja, tekstur susu yang halus dan mudah larut dalam air juga adalah sebab kenapa ibu bapa suka mengenai Enfagrow A+. Tetapi, mungkin harganya agak mahal sedikit dari susu yang lain kerana kandungan nutrisi yang lebih. Susu ini boleh didapati dalam harga sekitar RM 74.85 – RM 81.90.

6. Dumex Mamil (Learning)

www.facebook.com/pg/DumexMamil

www.facebook.com/pg/DumexMamil

Dumex Mamil dengan PreciNutri mengandungi ‘Internationally Patented Prebiotics Oligosaccharide Mixture’ yang dapat mengekalkan kesihatan usus kanak-kanak. Susu ini juga menngandungi kandungan DHA yang paling tinggi antara semua susu yang seterusnya dapat menstabilkan tumbesaran anak-anak berumur 1 hingga 3 tahun. Boleh juga didapati di pasaraya dalam harga sekitar RM 41.70- RM 97.29.

7. Sustagen Junior 1+

www.facebook.com/sustagenmalaysia

www.facebook.com/sustagenmalaysia

Anda boleh menarik sedikit nafas lega jika anak anda minum susu Sustagen Junior 1+. Ini kerana, susu Sustagen adalah susu nutrisi yang lengkap dengan khasiat yang bersamaan dengan tiga kali anak anda makan sehari. Sustagen Junior 1+ telah dicipta khas untuk membekalkan segala khasiat yang diperlukan oleh badan kanak-kanak supaya sentiasa bertenaga sepanjang hari. Terdiri daripada tiga variasi rasa iaitu rasa susu asli, vanila, coklat dan madu, jadi anda boleh bertukar citarasa selalu mengikut keinginan anak-anak. Berada di pasaran dalam harga sekitar RM 35.15- RM 66.60.

8. Anmum Essential

http://smilerz7.blogspot.my/

http://smilerz7.blogspot.my/

Berdasarkan pencarian di laman internet, susu Anmum Essential dikatakan antara susu yang terbaik bagi kanak-kanak dan menjadi pilihan ramai. Hal ini kerana, susu Anmum Essential adalah satu-satunya susu yang mempunyai Gangliosides, yang membantu meningkatkan perkembangan sel. Anmum Essential yang mempunyai formula yang baharu mempunyai tahap kebergunaan yang lebih lama berbanding formula yang lama. Maksudnya, susu akan tahan lebih lama kerana kandungannya semakin bertambah dan ini sangat menjimatkan! Anda boleh dapati susu ini dalam harga sekitar RM 29.85- RM 92.50.

* Banyak pilihan yang boleh dibuat oleh ibu bapa di luar sana. Apa yang penting adalah mengikut kesesuaian sistem penghadaman anak-anak. Jangan sampai tersalah pilih!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×