Terdapat pelbagai kisah seram yang sering kita dengar. Ini termasuklah seorang lelaki yang mempunyai pengalaman yang tidak pernah dia lupakan sepanjang kerjayanya sebagai seorang mekanik kenderaan. Disebabkan tuntutan kerja dia tidak dapat mengelak darinya.
Perkongsian cerita seram dan misteri daripada Encik Mohmd Zaidi sewaktu membaiki van jenazah pada tahun 2015, masih segar di ingatannya sehingga kini. Jom baca, kisah seramnya di bawah!
Baca juga: “Saya Memang Betul-Betul Sedih..”- Empat Ahli Keluarga Maut Serentak Dalam Kemalangan
REPAIR VAN JENAZAH TERSADAI 6 BULAN

Gambar hiasan: Motoqar
VAN JENAZAH TERBAKAR SEMASA PULANG DARI HANTAR JENAZAH KE TANAH PERKUBURAN [TAHUN 2015]
Enam bulan tersadai di sebuah masjid di Petaling Jaya, semua pomen tak nak repair. Last sekali saya yang terpaksa repair walaupun dah menolak kerana alasan kos repair melebihi RM10k.
Pendekkan cerita van di tarik ke workshop.
Ketika itu sampai di workshop saya tepat waktu Maghrib. Tanpa angin dan mendung, hujan tiba-tiba turun dengan lebat seketika waktu.
BERMULALAH EPISOD YANG SUNGGUH TAK DAPAT DILUPAKAN!
Pengalaman ni memang lama. Hanya saya dan seorang je pembantu yang sanggup membaikinya. Staf yang lain semua tak nak tolong.
Apa yang peliknya, saya hanya boleh baiki van jenazah ni selepas waktu kerja. Iaitu dari jam 8.00 malam hingga sebelum 12 tengah malam. Staf yang lain cepat-cepat balik bila diorang tahu saya nak repair van jenazah tersebut.
Kerja baiki ni mengambil masa lebih kurang 3 bulan. Ramai yang jumpa wanita dalam van jenazah tersebut.
INI KISAH BENAR YANG BERLAKU PADA DIRI SAYA SENDIRI…
Bayangkanlah waktu mula nak baiki, bekas tanah kubur, kain pelapik keranda dan bau mayat masih kuat dalam van tersebut. Memang menyeramkan!
Van jenazah tak dapat masuk ke dalam bengkel kerana semua staf tak setuju. Jadi saya hanya baiki di luar workshop sahaja dan hanya berbekalkan lampu ayam.
Kawasan sekeliling memang gelap. Hanya ada lampu jalan dan lampu ayam je pada waktu itu.
MULUT JANGAN CELUPAR, KAN DAH KENA
Ini pengalaman saya. Ada yang mulut celupar semasa van jenazah tersebut berada di bengkel saya. Setahu saya ada yang akan mengekori dia semasa balik ke rumah.
Ada seorang rakan saya buat lawak ketika van jenazah sampai ke bengkel saya. Dia kata sambil berlawak, “keranda tak ikut sekali ke?”
Dan apa yang berlaku semasa dia pulang ke rumah, ada makhluk yang mengekori sampai dalam rumahnya. Esoknya dia ceritakan kepada saya perkara yang berlaku pada diri dia.
PATUTLAH KAWAN TAK DATANG SINGGAH BENGKEL RUPANYA…
Saya cuma nak kongsi pengalaman membaiki van jenazah. Hari ni ramai pula member yang berdekatan bengkel saya berkongsi cerita van jenazah tersebut.
Saya pulak yang jadi seram. Rupanya mereka ni dah pernah nampak benda yang tak kena semasa mereka lalu dekat van jenazah ni pada waktu malam.
Patutlah tak ada yang nak singgah masa saya repair van jenazah ni. Ada yang nampak wanita dalam van semasa mereka lalu depan bengkel saya pada waktu malam.
Lampu van jenazah tiba-tiba menyala sendiri padahal wiringnya habis terbakar. Sekumpulan anjing akan berkerumun dekat van jenazah ni dan ada yang menyalak.
Adoi…
Saya ada perasan juga, sepanjang saya repair di waktu malam, tak ada sorang member bengkel pun yang singgah nak lepak dengan saya.
Rupanya diorang ada nampak wanita dalam van jenazah ni. Kalau saya tahu, dah lama saya cabut lari.
Bau kapur barus dan mayat tu memang la ada. Tapi tak terfikir pula ada penunggu sedang memerhati saya dan pembantu saya semasa buat kerja.
Sampai brother yang nak buat inspection van jenazah dekat Puspakom tu pun jumpa ada wanita dalam van jenazah ni. Bukan setakat itu je. Van jenazah tu buat perangai masa nak ke Puspakom.
PELBAGAI DUGAAN DIHADAPI SEPANJANG MEMBAIKI VAN JENAZAH TERSEBUT

Gambar sekadar hiasan.
Betul-betul dugaan dari mula saya repair sampai nak serah kunci kepada pihak masjid. Banyak lagi perkara yang saya alami sepanjang membaiki van jenazah tersebut.
Yang masih saya ingat, radio hidup sendiri. Kuat pulak tu, mahu tak terperanjat dibuatnya dah la malam sunyi. Lampu siren atas bumbung sesuka hati dia je nak menyala.
Bahagian belakang van memang bahagian yang paling seram nak dibersihkan. Nasib baik keranda pihak masjid dah keluarkan. Itu pun saya pesan sebelum hantar ke bengkel saya.
Meremang bulu roma masa nak bersihkan bahagian belakang van jenazah ni. Mahu taknya, kain batik tutup jenazah, tanah kubur, serpihan kain kapan, dibiarkan berselerak dekat belakang.
Confirm dah digunakan untuk urusan jenazah yang meninggal. Yang akhirnya saya sendiri rebah lepas van jenazah tersebut berjaya disiapkan dan dipulangkan ke pihak masjid.
Mungkin badi orang yang meninggal melekat dekat badan saya. Semangat saya ketika itu dah hilang. Alhamdulillah seorang pak cik telah mengubati saya. Tapi pak cik tu meninggal dunia tak lama selepas mengubati saya.
TAPI KENAPA STAF YANG MEMBANTUNYA TAK RASA TAKUT?
Kenapa staf yang bantu saya tu relax je macam takda apa-apa perasaan takut?
Barulah saya tahu sepanjang dia bantu saya membaiki van jenazah tersebut, rupanya dia layan ice. Patutla dia relax je. Dah berhenti kerja pun dia.
Persoalan yang masih bermain di fikiran saya sampai sekarang, siapa wanita yang diorang katakan tu?
Mungkin jelmaan wanita yang diorang jumpa dalam van jenazah tu tak aman. Rohnya mungkin ada masalah semasa di dunia.
Wallahualam. Kita sedekahkan Al-Fatihah pada roh beliau. Semoga roh wanita itu dirahmati Allah SWT. Jila tak silap saya tak kurang 4 orang yang nampak jasad wanita itu dalam van jenazah tu.
Ok. Hanya nak berkongsi pengalaman je.
Pesanan. Jangan selalu tengok cermin belakang semasa memandu di waktu malam yang gelap.
Sumber: Facebook Mohmd Zaidi