Percutian

Pengalaman Mengujakan Sertai Konvoi Makan-Makan Bersama Volkswagen

41
SHARES

Berjalan seharian mencari makanan? Bukan itu sahaja, yang paling menarik sekali adalah menyertai konvoi mini anjuran pihak Volkswagen Malaysia selama sehari untuk Food Discover Drive! Untuk trip makan-makan kali ini kami berpeluang untuk memandu variasi kereta di bawah jenama Volkswagen seperti Passat Comfortline Plus, Beetle Sport dan Golf Sportline yang sememangnya memberikan pemanduan yang selesa untuk kami. Lebih menyeronokkan lagi adalah kami dibawa untuk mencuba makanan-makanan menarik di sepanjang perjalanan ini. Jom kita tengok apa tempatnya!

1. NAM WAH KOPITIAM

Salah satu tempat yang menjadi tumpuan para pengayuh basikal di sekitar kawasan Hulu Langat untuk bersarapan pagi sudah semestinyta di Nam Wah Kopitiam. Memang kalau datang ke sini anda akan disajikan dengan menu tradisional kopitiam seperti roti bakar dan telur separuh masak. Bukan itu sahaja, kopitiam ini popular dalam kalangan masyarakat Melayu, Cina dan Orang Asli.

Alamat : Nam Wah Kopitiam, Pekan Batu 18, Hulu Langat, Selangor

2. ELDA’S FARMHOUSE

Jauh dari hiruk-pikuk kawasan bandar ialah Elda’s Farmhouse yang diberi nama berdasarkan pemilih rumah dan chef, Kak Elda. Farmhouse yang juga merupakan restoran dan homestay menyediakan masakan panas dari dapur pemilik rumah ini sendiri. Mengekalkan kampung style sebagai daya tarikan, bukan sahaja pengunjung dari dalam negara malah pengunjung dari luar negara juga gemar untuk datang ke sini. Paling menarik sekali, segala ulam-ulaman dan buah-buahan diambil segar dari kebun sendiri tau!

Alamat: Elda’s Farmhouse, Semenyih

3. LEE WAH POPIAH

Dah puas makan masakan kampung di Elda’s Farmhouse, kami sambung pula dengan aktiviti membuat popiah yang dikendalikan oleh Lee Wah Popiah. Mengekalkan cara masakan yang sama selama tiga generasi, popia yang disediakan oleh mereka memang mempunyai rasa yang asli dan sukar didapati di tempat lain. Memang bertuah betul bila kami diberikan peluang untuk balut popia ini sendiri.

4. MILKY WHEY CHEESE

Perhentian terakhir kami pada hari tersebut adalah di Milky Whey Cheese dimana anda boleh dapatkan pelbagai jenis keju yang dibuat secara homemade! Bukan calang-calang kerana semua jenis keju yang ada di sini disediakan sendiri oleh pemilik iaitu Anissa Iwan. Berbekalkan pengalaman berada di negara orang, keju yang dihasilkan sering mendapat perhatian pengunjung dari  seluruh Asia.

Instagram : @milkywheycheese

VOLKSWAGEN DYNAMIC DRIVE!

Sudah menjadi kemestian apabila ada driving experiance iaitu dynamic drive! Memang kami sangat teruja dengan segala aksi pemanduan yang mantap oleh pihak Volkswagen itu sendiri. Bukan itu sahaja, kami juga berpeluang untuk memandu sendiri dan membuat aksi dinamik menaiki kenderaan Volkswagen.

*Bukan sahaja tempat makan yang dilawati menarik-menarik belaka, malah pemanduan variasi kenderaan jenama Volkswagen ini mampu memberikan anda pengalaman yang smooth dan selesa. Tak puas lah kiranya berjalan-jalan cari makan seharian ini!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×