Nur

Kisah Benar, Pengalaman Mencium Hajarul Aswad Yang Dipermudahkan Allah!

Pengalaman Mencium Hajarul Aswad Yang Dipermudahkan Allah!

Cerita ini dikongsikan oleh Ayom Che Nal, seorang ahli Facebook Group PENGALAMAN HAJI DAN UMRAH. Semoga kita semua mendapat iktibar dan pengajaran dari kisah ini.

Pengalaman Mencium Hajarul Aswad

Foto Kredit: anazar-anjungrauhillah.blogspot.com

Foto Kredit: anazar-anjungrauhillah.blogspot.com

Pada bulan Jun, tahun 2004 semasa musim panas iaitu lebih kurang 45 darjah selsius, saya telah menunaikan umrah bersama kedua ibubapa dan jiran-jiran (bebrapa orang makcik dan seorang pakcik) serta sahabat. Kesemuanya seramai 9 orang Jemaah termasuk saya, Saya pergi melalui KSB Travel. Semasa berada di Masjidil Haram, saya selalu melakukan tawaf sunat terutamanya selepas solat subuh. Ini adalah kerana suhu pada waktu itu adalah nyaman sekali serta tidak berapa ramai Jemaah yang melakukan tawaf kerana kebanyakkannya pulang ke hotel untuk bersarapan pagi. Suatu hari, selepas melakukan tawaf sunat, saya bertanyakan kepada ibu saya dan 3 Jemaah wanita lain (iaitu jiran saya) mengapa tidak melakukan tawaf sunat. Mereka menjawab bahawa mereka tidak berupaya melakukan secara sendiiri2. Mereka hanya mengharapkan agar ada orang yang sudi membimbing mereka untuk bertawaf. Lalu saya katakan kepada meraka agar menunggu di suatu tempat yang telah ditetapkan dan saya sendiri yang akan membantu mereka melakukan tawaf sunat.

Keesokan harinya, seperti biasa selepas solat subuh, saya pun ke tempat yang dijanjikan. Lalu saya memimpin tangan ibu saya dan membawa 3 lagi Jemaah wanita untuk bertawaf sunat. Saya membacakan zikir2 bagi setiap pusingan. Saya lakukan perkara yang sama pada hari2 berikutnya. Setelah selesai bertawaf, saya akan memastikan mereka melakukan solat sunat 2 rakaat dibelakang Maqam Ibrahim dan menyuruh mereka berdoa di situ. Setelah itu, saya menyarankan agar mereka meminum air zamzam sebagaimana yang disunatkan apabila bertawaf dan memohon kepada Allah SWT sebarang hajat ketika minum.

Selepas hari ketiga, seperti biasa selepas bertawaf, saya telah dihampiri oleh 2 orang pemuda berbangsa Indonesia, berumur dalam lingkungan 20an. Mereka berpakaian kemas, berseluar panjang hitam, berbaju kurung Indonesia berwarna putih dan bersulam, memakai songkok bewarna hitam dan tidak ketinggalan berselepang kain pelikat di bahu seperti Herman Tino. Wajah mereka manis seraya bertanyakan kepada saya samada mahu mencium Hajar Aswad. Mereka mengatakan bahawa mereka boleh membantu saya untuk mencium Hajar Aswad. Saya katakan kepada mereka dengan baik bahawa saya tidak mengharapkan bantuan daripada mereka berdua. Dalam hati, saya beranggapan mungkin mereka berhajatkan upah. Setelah menolak dengan baik, lalu saya, ibu dan Jemaah wanita lain pun pulang ke hotel.

Sesampai di bilik hotel, tiba-tiba saya menyesal dan bertanya pada diri ini mengapakah saya sangat berkira pasal upah atau duit. Sedangkan apabila kita berada di Tanah Suci Makkah, segala amalan akan digandakan sebanyak 100 ribu kali ganda. Begitu juga dengan segala maksiat, maka dosanya juga adalah amat besar sekali jika dibandingkan di tempat2 lain. Maka rasa kesal pun datang dan saya memohon ampun dan beristighfar.

Pada keesokan harinya, saya, ibu dan Jemaah wanita lain bertawaf sunat seperti biasa. Setelah selesai melakukan tawaf dan solat sunat, tiba-tiba saya dihampiri oleh 2 pemuda Indonesia yang sama. Mereka bertanyakan samada saya telah dapat mencium Hajar Aswad atau tidak. Saya katakan Jemaah begitu ramai dan saya tidak dapat menghampiri kawasan Hajar Aswad kerana berlaku tolak menolak dan bercampur gaul diantara lelaki dan perempuan. Lalu kedua-dua pemuda Indonesia tersebut menawarkan bantuan mereka kepada saya sekali lagi. Lalu saya pun bertanyakan berapa upahnya. Mereka menjawab bahawa ianya sekadar berapa ikhlas yang saya mahu berikan. Lalu saya pun bersetuju dan terus dibawa oleh kedua2 pemuda tersebut menuju ke Hajar Aswad. Saya dapat melihat betapa teruknya kedua2 pemuda tersebut dipukul, dihempuk dan ditarik serta ditolak oleh para-para Jemaah yang ingin mencium Hajar Aswad. Akan tetapi kedua-dua pemuda tersebt tidak melawan bahkan terus membawa saya sehingga sampai ke permukaan pintu Hajar Aswad.

Saya rasakan ada satu tarikan umpama magnet yang menarik muka saya dan pada ketika itu tiada Jemaah lain dapat menghalang mahupun menyelinap masuk ke permukaan pintu Hajar Aswad. Hanya saya seorang sahaja dan saya dapat menciumnya dengan bau yang begitu harum serta melihat ketulan-ketulan batu Hajar Aswad yang bersinar-sinar berwarna perang keemasan. Setelah saya menciumnya, saya terus dibawa pergi oleh kedua-dua pemuda tersebut dan pulang semua kepangkuan ibu saya. Lalu saya yang ketika itu tidak membawa wang, dan terus meminjam daripada ibu saya sebanyak 20 Riyal dan memberikannya kepada kedua-dua pemuda tersebut. Mereka mengucapkan terima kasih dan sempat saya berpelukan dengan pemuda tersebut. Dalam masa yang sama, seorang Jemaah wanita (makcik), jiran saya pun berhajat untuk mencium Hajar Aswad. Beliau telah meminta kedua-dua pemuda tersebut agar menunggu di tempat yang sama. Pemuda tersebut hanya menganggukan kepala.

Semasa pulang ke hotel, makcik tersebut telah memberitahu saya bahawa beliau akan meberika wang sebanyak 50 Riyal kepada pemuda tersebut. Seraya makcik tersebut memberitahu bahawa beliau berhajat untuk mencium Hajar Aswad. Saya pun menceritakan tentang baunya yang harum membuatkan makcik tersebut bertambah semangat.

Pada keesokan harinya, selepas melakukan tawaf sunat seperti biasa, maka makcik jiran saya itu terus mencari-cari kedua-dua pemuda tersebut. Akan tetapi, mereka berdua tidak muncul muncul. Maka makcik tersebut berasa kecewa dan berharap pada keesokan harinya pemuda tersebut akan muncul oleh kerana hari esoknya merupakan hari terakhiir kami berada di Makkah sebelum pulang ke tanah air. Akan tetapi kedua-dua pemuda tersebut tidak juga muncul. Maka kami pun pulang ke tanah air pada sebelah petangnya.

Saya tertanya-tanya siapakah kedua-dua pemuda tersebut yang mencul tiba-tiba ketika saya bertawwaf sunat bersama ibu dan Jemaah wanita yan merupakan jiran-jiran saya. Adakah mereka berdua pemuda biasa atau malaikat yang menjelma. Waullahu a’lam.

Melalui pengalaman saya ketika mengerjakan umrah pada tahun 2007, saya pernah dibantu oleh beberapa anak muda Indonesia untuk mencium Hajar Aswad. Akan tetapi, mereka telah menta sejumlah 1000 Riyal sebagai upah. Mata mereka melilau ketika meminta upah dek kerana takutkan pihak polis yang menjaga di persekitaran masjid. Saya menasihati mereka supaya tidak melakukan perbuatan seperti itu lagi dan saya menghulurkan 200 Riyal. Kebetulan pada ketika itu rezeki saya agak murah dan saya membawa lebih wang sebagai perbelanjaan di Tanah Suci. Ianya juga berlaku kepada seorang sepupu saya. Sehingga kehari ini saya tidak mendapat jawapan tentang peristiwa saya mencium Hajar Aswad.

Sekadar satu perkongsian.

Bagaimana dengan anda? Ada pengalaman cium Hajarul Aswad?

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×