Nur

Dikatakan Akan Masuk Syurga, Ini Hukum Pasang Niat Nak Meninggal Dunia Di Mekah

34
SHARES
meninggal di Mekah

Mekah merupakan tempat yang paling ingin dilawati oleh umat Islam dan dianggap sebagai Kota Suci. Oleh sebab itulah, di samping ramai yang pergi mengerjakan ibadah, ada juga yang berniat untuk meninggal di Mekah kerana dikatakan akan masuk syurga.

Lantas, ramai yang tertanya apakah hukum menyimpan hasrat untuk mengakhiri usia di sana dan kecewa apabila usia tidak berakhir di Kota Mekah tersebut? Berikut merupakan penjelasan dari ustaz..

Baca juga: Buat Para Wanita Yang Bakal Menunaikan Umrah, Ini 15 Barang Keperluan Asas WAJIB Bawa!

APA HUKUM ADA NIAT NAK MENINGGAL DI MEKAH?

meninggal di Mekah

Ini merupakan penjelasan dari Ustaz Syamsul Amri atau dikenali sebagai Ustaz Syamsul Debat bagi menjawab pertanyaan individu tertentu mengenai hukum berninat untuk meninggal dunia di kota Mekah.

Soalannya lebih kurang, ‘Apakah hukum saya berniat meninggal dunia di Mekah atau Madinah semasa mengerjakan umrah pada bulan hadapan?’

Beginilah, Nabi Muhammad SAW bersabda : “Janganlah salah seorang kamu mengharapkan kematian hanya kerana musibah yang menimpanya, kalau pun ingin melakukan itu, katakanlah: “Ya Allah, hidupkanlah aku jika hidup itu memang baik bagiku, dan wafatkanlah aku jika wafat itu memang baik bagiku.” (Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Menurut Ustaz Syamsul, kita pergi ke Mekah adalah untuk buat ibadat, kenapa hendak minta mati pula? Bukankah banyak tanggungjawab kita di tanah air dan berapa banyak pahala boleh dapat jika umur kita panjang? Kalau semua orang minta mati di sana, siapa pula yang akan jaga agama?

Mungkin ramai dalam kalangan kita yang ingin meninggal dunia di Mekah atau Madinah sebab ada orang kata kalau mati di sana akan dimasukkan ke dalam syurga. Jadi, kalau begitu sebabnya kita hendak mati, maka pendapat itu tak betul. Cuma apa sebab mati itulah yang perlu jelas.

MINTALAH MATI DALAM HUSNUL KHATIMAH…

meninggal di Mekah

Foto: Liputan6

Perlu diingatkan bahawa tidaklah menjadi kesalahan minta mati di Mekah atau Madinah tetapi yang salah ialah terlampau mencuba untuk bunuh diri atau cari jalan hendak bunuh diri sebab hendak mati di sana. Mintalah mati dalam husnul khatimah. Walau di mana mati sekalipun, jika dalam husnul khatimah itulah yang baik. Meninggal dunia ketika mengerjakan haji atau umrah, mudah-mudahan termasuk dalam husnul khatimah.

Tuntasnya, persiapkanlah diri kita untuk menghadapi hari kematian kelak. Sudah bersediakah kita? Sudah cukupkah amalan kita untuk dibawa untuk menghadap Sang Pencipta? Janganlah kita terlampau mengejar dunia sehingga kita lalai dan alpa tentang pentingnya hari akhirat. Amalan di dunia itulah yang menentukan di mana kita di sana nanti. Doa seorang anak soleh, sedekah jariah kita, itulah yang memberi bekalan kita untuk hari mati nanti. Semoga kita semua mati dalam kalangan orang yang beriman.

*Dah cukup ke amalan sampai tak sabar nak minta mati?

Baca juga: Kenali 7 Benda Dikategorikan NAJIS Dalam Islam, Wajib Ambil Tahu Untuk Elak Was-Was!

Sumber: Ustaz Syamsul Amri Ismail Official

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×