Pra-Hamil

3 Tahun Ikhtiar Tak Dapat Zuriat, Ibu Ini Kongsi Pengalaman Buat Rawatan IUI Di Klinik LPPKN

1.3K
SHARES

Ramai pasangan yang dah berkahwin tentu akan menginginkan zuriat. Ada yang tak sabar nak timang baby dan ada juga yang merancang untuk luangkan masa honeymoon berdua dengan suami dulu.

Jika setelah beberapa tahun masih belum dikurniakan rezeki, bolehlah cuba ikhtiarkan beberapa cara untuk membantu kehamilan. Antaranya dengan menjalani rawatan kesuburan.

Di Malaysia, ada banyak klinik dan hospital menawarkan perkhidmatan fertiliti, tak kiralah klinik swasta mahupun kerajaan.

Dalam perkongsian kali ini, kami berbesar hati untuk kongsikan pengalaman rawatan IUI yang berjaya oleh Puan Nur Haziqah Zainal Abidin.

Pengalaman IUI Di LPPKN Jalan Raja Laut, KL

Dalam tempoh 3 tahun perkahwinan, dah macam-macam cara dan ikhtiar kami untuk dapatkan zuriat. Period Alhamdulillah regular dan normal.

Jadi saya kelaskan kes saya ni sebagai unexplained infertility . Walaupun orang kata usia perkahwinan masih baru, saya fikir tak perlu tunggu lama-lama untuk usaha dapatkan anak, sebab kalau tak berhasil juga, boleh cuba ikhtiar lain.

Saya perlu kejar masa. Saya dan suami putuskan untuk ambil langkah drastik dan terus call LPPKN.

Prosedur Buat Rawatan IUI Di LPPKN

1. Book Tarikh Temujanji

Pertama sekali, kena book tarikh untuk temujanji pertama melalui telefon.

Rawatan subfertiliti ini hanya ditawarkan LPPKN branch Kuala Lumpur, Ipoh dan Johor bahru.

  • Klinik LPPKN Jalan Raya Laut (KL): 03-2613 7555
  • Klinik LPPKN JB : 07-5588 204
  • Klinik LPPKN Ipoh : 05-254 8623

Biasanya nurse akan buat short interview dan tanya soalan contohnya ; dah berapa lama kahwin, ada masalah period ke, pernah mengandung atau tak, pernah keguguran atau tak. Just basic question.

Kemudian nurse akan bagi tarikh appointment.

2. Temujanji Pertama

15 Ogos 2016 : Waktu temujanji pertama, akan ada detailed interview, iaitu suami isteri akan ditanya beberapa soalan yang lebih mendalam.

Lepas selesai, suami akan buat sperm test (baca: Semen Analysis) di mana sperma tersebut akan dinilai dari segi keaktifannya, kenormalannya, dan bilangannya.

Kos: RM 65.00

pengalaman iui

Suasana dalam Klinik LPPKN. Sangat selesa. Port kami kat tepi dinding sebab ada sofa empuk yang sangat best. Tapi tak sempat nak terlelap pun sebab nak tunggu turn tak lama pun. Sekejapan aje dah dipanggil

3. Ujian / Konsultasi

1 September 2016: Ujian darah untuk kesan sebarang penyakit kelamin. (suami isteri)

Kos: RM 101.00

7 September 2016: Ujian HSG (baca: Hysterosalpingogram). Ujian ni saya lakukan di KPJ Tawakkal. Doktor perempuan, jadi, kurang malu sikit. Ujian ni dilakukan untuk kesan sebarang blocking di rahim dan tiub fallopio.

Kos: RM 200.00

19 September 2016: Ujian darah untuk kesan masalah hormon. Saya saja yang buat ujian ni sebab husband normal takde apa-apa masalah. Masalah hormon ni banyak etc, period tak stabil, pengeluaran telur tak matang. Dalam kes saya, saiz telur saya tak matang, tak mencapai saiz yang normal. Saiz telur tak normal tak membenarkan persenyawaan berlaku.

Kos: RM 20.00

11 Oktober 2016: Konsultasi doktor dan ujian pap smear. Pap smear untuk kesan sebarang jangkitan dan sebarang risiko kanser serviks.

Kos: RM 30.00

Xray HSG. Alhamdulillah takda apa-apa masalah. Rahim cantik, tiub cantik, takda blockage

4. Rawatan IUI Bermula

16 November 2016: Consult dengan Gynea. Dari ujian2 yang kami berdua lakukan, saya mempunyai masalah hormon. (Saiz telur tak matang). Doktor cadangkan kami untuk lakukan Rawatan IUI (baca: Intrauterine insemination).

Saya perlu consume Chlomid (baca: Chlomiphene) untuk membesarkan telur untuk memastikan prosedur IUI berjaya.

Nota:

Cara makan Chlomid – Dibekalkan dengan 10 biji, Perlu dimakan 2 biji sehari, bermula dari hari ke-2 period sehingga hari ke-6, pada waktu yang sama. Tak boleh cepat, tak boleh lambat. Mesti sama. Jam 9 malam pada 5 hari tersebut.

Kos: RM 49.00

pengalaman iui

5. Transvaginal Ultrasound

25 November 2016: Kali ni saya buat TVS (baca: Transvaginal Ultrasound) pula untuk kesan pembesaran telur.

Alhamdulillah 4 biji telur membesar dengan jayanya.

Foto Kredit: Medical News Today

Alat yang digunakan untuk transvaginal ultrasound

Saya dibekalkan dengan suntikan Pregnyl dan juga Duphaston (untuk tebalkan dinding rahim). Suntikan Pregnyl ni perlu dilakukan sendiri di rumah, pada jam tepat 9.00 malam. Suntikan di perut. Tujuan suntikan adalah untuk pecahkan telur yang matang.

Kos: RM 162.10

Suntikan Pregnyl. Syringe Pregnyl+Solven (2 botol kaca tu, kena bancuh dulu, baru suntik kat perut)

6. Prosedur IUI Dilakukan

28 November 2016: Prosedur IUI dilakukan. Suami perlu keluarkan sperma dan sperma dihantar ke makmal untuk proses sperm wash (baca: Sperm Washing).

Kemudian sampel sperma yang telah diasingkan digunakan dalam prosedur IUI. Selepas prosedur selesai, perlu baring selama 30 minit dan bed rest 1 hari. Duphaston masih lagi dibekalkan.

Kos: RM 350.00

7. Ujian Air Kencing Positif Hamil!

20 Disember 2016: Ujian air kencing untuk mengesahkan samada mengandung atau tidak.

Alhamdulillah saya mengandung (4 minggu) dengan sekali cycle IUI. (Tidak boleh buat TVS atau ultrasound sebab kandungan masih kecil).

Saya dibekalkan Folic Acid dan Duphaston.

Kos: RM 183.50

 

8. Tengok Perkembangan Bayi

3 Januari 2017: Usia kandungan – 7 minggu. Saya buat TVS untuk tengok saiz baby. Alhamdulillah membesar dengan jayanya.

Masih dibekalkan dengan Folic Acid dan Duphaston.

Kos: RM 144.45

 

9. Temujanji Terakhir Dengan LPPKN

7 Februari 2017 (Last Appointment): Usia kandungan – 12 minggu

Saya buat TVS sekali lagi untuk tengok saiz baby. Dibekalkan dengan nasihat-nasihat dari doktor dan juga bekalan ubat (Folic Acid dan Duphaston).

Kos: RM 206.80

JUMLAH KOS KESELURUHAN = RM 1511.85

Rumaysaa Nur Awatif fresh from oven Lahir jam 5.12 pagi. 17 Ogos 2017. Hospital Serdang. Berat 3.32 kg

Alhamdulillah, Bayi Perempuan Saya Selamat Dilahirkan

17 Ogos 2017, 5.12 pagi, Rumaysaa Nur Awatif my precious baby selamat dilahirkan setelah 3 hari bertarung nyawa nak lahirkan dia. Alhamdulillah syukur padamu Ya allah atas kurniaan rezeki yang tak ternilai.

Sekian perkongsian yang tak seberapa dari saya. Kalau nak tanya apa-apa, sila tinggalkan komen atau boleh mesej terus di inbox Puan Nur Haziqah di SINI.

Rumaysaa Nur Awatif 3 Bulan 23 Hari

P/s: Sebarang rawatan adalah berdasarkan masalah yang dihadapi oleh pasangan, Doktor akan syorkan jenis rawatan yang sesuai

P/s/s: LPPKN adalah badan separuh kerajaan, maka kos perubatannya adalah jauh lebih murah dari klinik swasta dan tempoh menunggunya jauh lebih cepat dari klinik kerajaan yang perlu tunggu turn.

P/s/s/s: Foto adalah beberapa sumber rujukan untuk post ni.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Dr Komathy, Doktor Laila, nurse-nurse dan staff LPPKN Kuala Lumpur 

Boleh tonton perkongsian kami di TV9 dan TV3 di bawah ini.

To TTC warriors, keep fighting!

IUI Bantu Pasangan Dapatkan Zuriat

Rawatan IUI membantu mereka yang berusaha untuk mendapatkan zuriat

Posted by Berita TV9 on Monday, 1 October 2018

Istilah 'Mandul' Hampir Tidak Wujud.

#Nasional Istilah 'Mandul' Hampir Tidak Wujud – PakarKetua Fertiliti & Klinikal, Dr. Komathy Thiagarajan berkata masalah kesuburan mempunyai pelbagai kaedah rawatan untuk diubati. Untuk laporan lanjut berkenaan isu ini, kita bersama dengan wartawan Hafizatul Salma Harif Fathilah.#Mandul #Rawatan #Kaedah

Posted by Buletin TV3 on Tuesday, 2 October 2018

Untuk maklumat lanjut tentang LPPKN, boleh rujuk di laman web http://www.lppkn.gov.my

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×